Thursday, March 08, 2018

PERINGKAT KETIGA SERANGAN DOJ MAHATHIR

Mereka merasa amat beruntung apabila berjaya menembusi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, atau DoJ, melalui Kempen Clinton. Di Amerika Syarikat, rasuah politik, atau apa yang disebut yuran melobi, adalah sah dan Mahathir memperuntukkan US$5.01 juta, bersamaan RM20 juta, untuk Kempen Clinton – terutamanya untuk memastikan bahawa DoJ AS keluar dengan tiga sidang akhbar dan pernyataan media mengenai 1MDB.

Tiga tahun lalu, pada bulan Mac 2015, Malaysia Today mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan ANC (Kempen Anti-Najib) mensasarkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam masa tiga atau empat bulan, bermakna pada bulan Jun atau Julai 2015.

Tarikh sasaran untuk menggulingkan Najib adalah pada 29 Julai 2015 semasa mesyuarat Kabinet dimana Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan memberitahu Najib agar meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa atau berhadapan dengan tangkapan yang diikuti penjara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh dua hari sebelum 29 Julai 2015, penasihat-penasihat Najib telah bertindak dengan pantas menghancurkan Mahathir dan gerakan rampasan kuasa ANC keseluruhannya.

Mahathir mencuba dua kali lagi ditahun yang sama: undi-tidak-percaya pada bulan Oktober 2015 di Parlimen dan undi-tidak-percaya pada bulan Disember 2015 di Perhimpunan Agung UMNO. Kedua-duanya gagal dengan teruk dan Mahathir merayakan Tahun Baharu dengan rasa penuh kecewa akibat dipermainkan dan hatinya benar-benar terluka.

Anda pasti akan terfikir pada saat itu Mahathir akan menyedari bahawa beliau telah kalah didalam permainan (kerana, seperti yang mereka katakan di Amerika Syarikat, ‘tiga kali pukulan dan anda terkeluar’). Walau bagaimanapun, Mahathir enggan berputus asa dan dalam masa cuti Krismas-Tahun Baharu dia mengadakan satu mesyuarat membincangkan strategi.


Syed Akbar (gambar) dan Kadir Jasin mengendalikan kempen media dan internet Mahathir

Mesyuarat strategi itu dihadiri oleh Tun Daim Zainuddin, Sanusi Junid, Kadir Jasin, Matthias Chang, Syed Akbar Ali, Khairuddin Abu Hassan, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, serta para kroni, proksi, penama dan pemegang amanah, bilionar Melayu, Cina dan India, tetapi kebanyakannya berbangsa Cina – ada yang mungkin anda sudah mengesyaki siapa mereka.

Ia telah diputuskan bahawa kempen media hendaklah dipergiatkan baik didalam negara mahu pun diperingkat antarabangsa dan para blogger termasuk wartawan perlulah dibeli. Rakan-rakan yang berkedudukan tinggi dan orang-orang yang berada dikoridor kuasa di Amerika Syarikat, UK dan Australia hendaklah disalurkan dengan kemurahan sumbangan politik dan pembiayaan pilihanraya.

Satu dana-perang-politik sebanyak RM5 bilion telah dipersetujui dan kosnya akan dikongsi dan ditanggung oleh sepuluh orang hartawan atau taikun, Mahathir sendiri dan Daim berada diantara yang sepuluh tersebut – dan RM5 bilion boleh membeli ramai ‘kawan-kawan’ dalam media dan kerajaan asing. Cuba teka siapa hartawan yang lagi lapan dan tiada hadiah untuk tekaan yang betul.


Matthias dan Khairuddin dihantar untuk mengembara keseluruh dunia bagi membuat aduan mengenai 1MDB dibeberapa buah negara

Matthias Chang dan Khairuddin telah ditugaskan mengembara keseluruh dunia untuk bertemu dengan kerajaan asing dan pelbagai pihak berkuasa untuk membuat aduan dan laporan mengenai wang 1MDB yang kononnya ‘dicuri’ sementara Kadir Jasin dan Syed Akbar Ali mengendalikan tugas dibahagian media dan blog. Daim akan mengendalikan ‘sumbangan-sumbangan’ kepihak asing.

Mereka merasa amat beruntung apabila berjaya menembusi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, atau DoJ, melalui Kempen Clinton. Di Amerika Syarikat, rasuah politik, atau apa yang disebut yuran melobi, adalah sah dan Mahathir memperuntukkan US$5.01 juta, bersamaan RM20 juta, untuk Kempen Clinton – terutamanya untuk memastikan bahawa DoJ AS keluar dengan tiga sidang akhbar dan pernyataan media mengenai 1MDB.

Adalah penting bagi mereka membuat tanggapan bahawa AS sedang menyiasat dan mengambil tindakan untuk mendapatkan semula wang 1MDB yang 'dicuri'. Sekiranya ia datang dari Amerika Syarikat, khususnya dari DoJ AS, tidak ramai orang yang akan meragukannya.

Pada 20 Julai 2016, DoJ AS mengadakan sidang media pertama daripada tiga sidang media dan mengeluarkan kenyataan bertajuk ‘AS Cuba Untuk Mendapatkan Kembali Lebih Daripada US$1 Bilion Yang Diperolehi Melalui Rasuah Membabitkan Dana Harta Negara Malaysia' ('U.S. Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund’).

Pada 15 Jun 2017, sidang media kedua diadakan dengan siaran media bertajuk 'AS Cuba Untuk Mendapatkan Kembali Anggaran Sebanyak US$540 Juta Yang Diperolehi Melalui Rasuah Membabitkan Dana Harta Negara Malaysia'(‘U.S. Seeks to Recover Approximately $540 Million Obtained From Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund’).

Sidang media ketiga (dengan kenyataan media) sepatutnya diadakan sekitar Mac-April 2018, sejurus sebelum PRU14 yang dijangka sekitar April-Mei 2018.


Daim telah menyalurkan US$5.01 juta kepada Kempen Clinton untuk tujuan ‘membeli pengaruh'

Malangnya, disebabkan perubahan dalam DoJ AS, sidang akhbar dan siaran media ketiga yang dirancang disekitar waktu ini tidak lagi berkemungkinan. Kerana itu, semalam, mereka mendapatkan Bloomberg untuk keluar dengan satu laporan berita yang mengatakan, antara lain:

Pengeluar filem “Wolf of Wall Street” bersetuju untuk membayar $60 juta bagi menyelesaikan tuntutan yang ia membiayai filem tersebut dengan wang yang dialir keluar daripada dana pelaburan negara Malaysia. Penyelesaian antara Jabatan Kehakiman AS dan Red Granite Pictures Inc., yang diasaskan bersama oleh anak tiri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, juga meliputi tuntutan serahan AS terhadap hak dan kepentingan pengeluar didalam dua lagi filem, “Daddy’s Home” dan “Dumb and Dumber To.”

Aduan yang menyasarkan filem 2013 itu, diarahkan oleh Martin Scorsese, adalah diantara lebih daripada dua dozen tindakan undang-undang pelucut-hak yang difailkan oleh AS terhadap aset $1.7 bilion yang didakwa diperoleh melalui wang yang dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd. Aset-aset termasuk rumah agam di Beverly Hills, California, kondominium mewah di New York, barang kemas dan karya seni. Jabatan Kehakiman akan mendapatkan keuntungan, royalti dan hasil pengedaran yang masih belum dibayar kepada Red Granite Pictures. Filem yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio meraih $392 juta dalam jualan tiket diseluruh dunia, menurut laman web Box Office Mojo.

Riza Aziz, anak tiri Najib, adalah kawan kepada Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, pembiaya kewangan Malaysia yang didakwa AS kononnya merancang skim penipuan $4.5 bilion daripada dana Malaysia pada tahun 2009 yang lalu. Daripada wang yang didakwa dicuri itu, $1.7 bilion telah dikesan kepada aset-aset di AS dan UK. Kebanyakan kes-kes pelucutan sivil telah ditangguhkan sementara menunggu Jabatan Kehakiman menjalankan siasatan jenayah.



Hakikatnya, ‘berita’ ini adalah olahan semula daripada tahun 2015 tetapi yang penting adalah ia menyebutkan, 1MDB, Jho Low, Najib Razak, anak tiri Najib Riza Aziz, dan Jabatan Kehakiman AS. Itu sahajalah yang Mahathir mahukan rakyat Malaysia baca.

Apa yang ramai rakyat Malaysia tidak perasan ialah bahagian yang mengatakan ‘Kebanyakan kes-kes pelucutan sivil telah ditangguhkan manakala Jabatan Kehakiman menjalankan siasatan jenayah’ dan bahawa DoJ bertindak berdasarkan aduan (dalam kes ini dari Matthias dan Khairuddin).


Selepas tiga tahun, DoJ masih tidak dapat menghasilkan sebarang bukti sahih

Dalam erti kata lain, selama tiga tahun yang lalu, mereka masih ‘menyiasat’ dan belum lagi mempunyai bukti sahih. Dan mereka tidak mempunyai bukti kerana ianya memang tidak ada. Malah, 1MDB tidak kehilangan wang pun dan jika pun benar dimana wang telah dicuri ia tidak dicuri daripada 1MDB.

Ini hampir sama seperti pembunuhan Presiden Kennedy. Selama 55 tahun mereka masih tidak tahu apa yang berlaku, atau apa yang sebenarnya berlaku kepada Marilyn Monroe dalam perkara itu. Tetapi mereka perlu mengekalkan dongeng bahawa wang 1MDB telah dicuri dan Najib dan/atau orang yang rapat dengan beliau mencurinya. Dan itulah segala kisah ceritera Bloomberg semalam – sama seperti dalam dua sidang media DoJ AS dan kenyataan media pada bulan Julai 2016 dan Jun 2017.

Dan itulah yang sepatutnya menjadi ‘peluru emas’ Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dan menggantikannya dengan DAP dan Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang akan datang. Mahathir begitu cemburu bukan hanya dengan Najib tetapi juga dengan anak tiri Najib. Mahathir tidak dapat menerima hakikat bahawa Riza berjaya dan tidak memerlukan bantuan kerajaan untuk mencapainya - sepertimana Mukhriz, Mokhzani dan Mirzan lakukan.


Mahathir cemburu kerana anak-anaknya memerlukan bantuan kerajaan untuk menjadi kaya manakala Riza melakukannya sendiri

Itulah sebabnya Mahathir terus mengatakan Riza Aziz mencuri wang 1MDB sedangkan DoJ pun tidak mengatakan beliau melakukannya.

Mahathir bahkan lagi bertambah kecewa apabila Rafidah Aziz mendedahkan beliau telah memintanya memberikan saham-saham syarikat awam dan AP ('Approved Permit') kepada anak-anaknya. Sekarang seluruh dunia mengetahui bahawa anak-anaknya membuat berjuta-juta melalui bantuan kerajaan dan, yang terpenting sekali, semuanya berlaku ketika dia masih lagi Perdana Menteri (walaupun dia terus mengatakan anak-anaknya menjadi jutawan SELEPAS dia bersara sebagai Perdana Menteri).

Sebanyak mana Mahathir menegaskan anak-anaknya tidak mendapat bantuan kerajaan untuk menjadi kaya, bukti menunjukkan sebaliknya. Dan jika anda mengatakan bahawa anak tiri Najib melakukannya sendirian, jantung Mahathir akan berdegup kencang dan mereka perlu segera membawa beliau ke IJN.


Terjemahan dari artikel:
MALAYSIA TODAY
Raja Petra Kamarudin
8 Mac 2018

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU