Tuesday, March 06, 2018

USAHA TERAKHIR UNTUK MENGGULINGKAN NAJIB akan dilancarkan bulan hadapan

Dalam bulan Julai 2015, mereka melakukan perkara yang sama. Justeru, pada dasarnya, ini adalah skrip yang sama daripada tiga tahun lepas. Dalam bulan Julai 2015, mereka juga telah merangka kertas pertuduhan terhadap Najib, dimana mereka sepatutnya menunjukkannya kepada Najib semasa Mesyuarat Kabinet pada 29 Julai 2015. Najib kemudiannya akan ditawarkan dua pilihan. Meletak jawatan dan membenarkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai Perdana Menteri atau ditangkap dan masuk penjara.

Empat pertemuan telah dilangsungkan diluar-negara dalam tempoh Krismas-Tahun Baharu - satu daripada pertemuan tersebut di London dan satu lagi di Hong Kong - secara khusus untuk membincangkan usaha terakhir bagi menggulingkan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Pertemuan-pertemuan ini dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Selangor Azmin Ali, dan beberapa orang berkedudukan strategik dalam kerajaan yang berkemungkinan mampu melaksanakan usaha terakhir untuk menyingkirkan Najib.

Mengikut rancangan, Najib dijangkakan mengadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong disekitar hujung bulan ini - berkemungkinan pada 26 atau 27 Mac 2018 - untuk memohon perkenan Baginda membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum  Malaysia ke-14.


Pakatan Harapan perlu menewaskan Najib sebelum PRU14 dan bukannya semasa PRU14

Menurut Mahathir, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kedudukan Najib akan terbatas kepada seorang Perdana Menteri sementara (caretaker Prime Minister) mengetuai sebuah kerajaan sementara (sementara Parlimen belum lagi wujud). Mahathir percaya ini bermakna kuasa Najib akan berkurangan dan ketua-ketua agensi seperti PDRM, SPRM, Pejabat Peguam Negara, dan lain-lainnya, boleh mengabaikan sebarang arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu ditubuhkan dan Perdana Menteri yang baharu mengangkat sumpah selepas PRU14 sebelum bertindak.

Ini, sudah tentulah, boleh berlaku seandainya ketua-ketua pelbagai agensi kerajaan tersebut bersetuju memainkan peranan dan mengabaikan sebarang atau semua arahan daripada Pejabat Perdana Menteri dan boleh menunggu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk dan Perdana Menteri baharu mengangkat sumpah. 'Bahaya'nya disini, yang Mahathir sangsikan, ialah semenjak Merdeka konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara tidak pernah diamalkan dan Perdana Menteri bersama Kabinetnya tetap meneruskan 'kerja seperti biasa' sehingga kehari mengundi dan 'Pagi Berikut'nya.

Mahathir menegaskan inilah satu-satu kekesalannya. Jika beliau memperkenalkan konsep Perdana Menteri sementara dan kerajaan sementara semasa beliau menjadi Perdana Menteri, sudah pasti hari ini, sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, Perdana Menteri sudah tidak lagi mempunyai kuasa dan mereka boleh melancarkan rampasan kuasa (coup d'etat) dan menyingkirkan Najib sebelum Hari Mengundi.


Disebabkan oleh PAS, Pakatan Harapan tidak boleh memenangi PRU14 jadi Najib mesti digulingkan sebelum pilihanraya umum

Rancangannya mudah. Sebaik sahaja Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, Mahathir akan bertindak pantas dan memaksa Pejabat Peguam Negara merangka dua kertas pertuduhan terhadap Najib. Satu kertas pertuduhan akan melibatkan perkara berkaitan SRC RM42 juta dan kertas pertuduhan kedua adalah sebagai gantian (backup) sekiranya yang pertama 'tersangkut' atas apa-apa sebab sekali pun.

Peguam Negara akan diberitahu beliau tidak mempunyai pilihan melainkan memainkan peranan, dan sekiranya beliau ingkar, dan jika Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum dan dapat membentuk kerajaan, mereka akan menangkapnya atas tuduhan jenayah, yang begitu amat mudah dilakukan (seperti silap mata) sekali pun mereka perlu mereka-reka pertuduhan.

Mereka juga akan mendapatkan Sarawak Report untuk menyiarkan suatu berita berkenaan perkara ini supaya Pejabat Peguam Negara tidak dapat 'menguburkan' kes tersebut. Apabila cerita ini telah tersebar dipengkalan berita awam, berserta dengan salinan kertas-kertas pertuduhan, dan keseluruhannya telah menjadi tular (viral), perkara itu sudah tidak boleh dibendung lagi.


Sarawak Report akan menyiarkan cerita tentang kertas pertuduhan sepertimana ia lakukan dalam bulan Julai 2015 bagi memastikan Peguam Negara tidak dapat memendamkan perkara tersebut

Dalam bulan Julai 2015, mereka melakukan perkara yang sama. Justeru, pada dasarnya, ini adalah skrip yang sama daripada tiga tahun lepas. Dalam bulan Julai 2015, mereka juga telah merangka kertas pertuduhan terhadap Najib, dimana mereka sepatutnya menunjukkannya kepada Najib semasa Mesyuarat Kabinet pada 29 Julai 2015. Najib kemudiannya akan ditawarkan dua pilihan. Meletak jawatan dan membenarkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai Perdana Menteri atau ditangkap dan masuk penjara.

Bagaimana pun, sebelum mereka dapat bertindak pada 29 Julai 2015, Najib terlebih dahulu membuat gerakan dan mematikan langkah para pengkomplot utama, 'Enam Tan Sri' - termasuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang digantikan dengan Ahmad Zahid Hamidi. Dengan itu berakhirlah rampasan kuasa 29 Julai 2015 (Liputan akhbar percubaan rampasan kuasa pada 29 Julai 2015 boleh dibaca dibawah).

Satu perbezaan diantara rampasan kuasa 29 Julai 2015 dengan yang kedua yang direncanakan pada bulan hadapan adalah yang dalam bulan Julai 2015 Najib masih mempunyai kuasa eksekutif sedangkan bulan hadapan Najib akan menjadi Perdana Menteri sementara (caretaker Prime Minister) tanpa memiliki kuasa eksekutif. Jadi, secara teknikalnya, Najib tidak akan dapat memecat atau membuang para pengkomplot sepertimana beliau lakukan diambang 29 Julai 2015.


Oleh kerana Sarawak Report telah disekat daripada dilayari di Malaysia, The Malaysian Insight akan memastikan cerita Sarawak Report menjadi tular

Mahathir sekarang sedang mengatur sasarannya dalam satu baris. Beliau kena memastikan setiap orang bersiap sedia dan tidak ada yang berubah fikiran seperti dalam bulan Julai 2015. Rampasan kuasa terakhir ini memerlukan setiap orang memainkan peranan yang sama penting. Walau pun dengan hanya seorang tertinggal rampasan kuasa tersebut akan gagal, sama seperti dalam bulan Julai 2015.

Senjata Mahathir adalah ugutan dan rasuah, strategi biasa beliau untuk mempengaruhi. Sekiranya mereka tidak boleh dibeli beliau kemudiannya akan mendedahkan apa yang beliau tahu tentang mereka dan berjanji akan menggunakan bukti tersebut untuk memusnahkan mereka selamanya. Setiap orang pasti ada sesuatu perkara tersimpan yang menakutkan dan jika tidak ada, atau tiada yang betul-betul kuat, Mahathir sentiasa boleh mereka-reka sesuatu yang membuatnya kuat untuk dikaitkan kesalahan.

Mahathir merasakan semua sasarannya telah sempurna diatur dalam satu baris. Apa yang diperlukannya sekarang adalah masa yang tepat. Dan masa yang sesuai itu adalah bulan hadapan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Menjatuhkan Najib melalui pilihanraya umum adalah mustahil kerana Barisan Nasional akan memenangi pilihanraya umum. Kerana itu ianya kena dilakukan sebelum pilihanraya umum melalui rampasan kuasa, yang juga bermakna kertas-kertas pertuduhan adalah tersangat penting bagi rancangan tersebut.


Sebaik sahaja DYMM Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran Parlimen, rampasan kuasa akan dilancarkan

Mahathir telah belajar daripada kesilapannya dalam bulan Julai 2015 dan beliau tidak akan melakukan kesilapan serupa untuk kali kedua. Kesilapan bulan Julai 2015 adalah kerana plot (susunan rancangan) telah terbongkar sebelum ianya dapat dilancarkan dan Najib telah berjaya menggagalkan rampasan kuasa tersebut. Kali ini Mahathir merasakan rahsia plot rampasan kuasa tersebut amat tersimpan-rapi dan Najib tidak akan mengetahui mengenainya sehinggalah ianya sudah terlalu lewat - iaitu, sudah tentulah, sehingga Malaysia Today mendedahkannya hari ini. Dan sebaik sahaja ianya dilancarkan Najib tidak akan berupaya berbuat apa-apa dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif untuk memecat para pengkomplot (konspirator) seperti yang beliau lakukan dalam bulan Julai 2015.


Liputan Akhbar Percubaan Rampasan Kuasa Pada 29 Julai 2015

***************

WARAN TANGKAP UNTUK PERDANA MENTERI - Sebab Sebenar Peguam Negara Di Pecat - EKSLUSIF!

Sarawak Report telah memperoleh dokumen, sekarang disahkan, yang menerangkan secara tepat mengapa Abdul Gani Patail secara penuh dramatik dipecat pada hari Isnin. Peguam Negara amat hampir untuk mengenakan pertuduhan rasuah terhadap Perdana Menteri Malaysia. Kami telah memperoleh dokumen rahsia draf kertas pertuduhan, yang mana masih dalam proses perangkaan oleh Gani Patail.

(BACA DISINI: http://www.sarawakreport.org/2015/07/arrest-warrant-for-the-prime-minister-the-real-reason-the-attorney-general-was-fired-exclusive/ )

***************

Pejabat Peguam Negara Malaysia menafikan merangka kertas pertuduhan terhadap PM Najib

Pejabat Peguam Negara di Malaysia telah menafikan merangka atau mengeluarkan kertas pertuduhan seperti didakwa terhadap Perdana Menteri Najib Razak, sebagaimana didakwa oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report. "Draf pertuduhan yang disiarkan oleh Sarawak Report bukan dibuat atau dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara," katanya.

(BACA DISINI: http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-agc-denies-drafting-charge-sheet-against-pm-najib )

***************

Peguam Negara: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan rancangan untuk menjatuhkan PM

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali telah menepis dakwaan kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Najib Tun Razak yang disiarkan dilaman-sesawang pemberi maklumat Sarawak Report sebagai palsu.

Beliau juga berkata kertas pertuduhan menunjuk kearah satu rancangan untuk menggulingkan perdana menteri dan telah memberi amaran terhadap para pelaku. "Kerta-kertas pertuduhan tersebut dengan itu menunjukkan terdapatnya satu konspirasi untuk menggulingkan perdana menteri yang sedang berkhidmat dengan memperlihatkan beliau sebagai penjenayah, dan kaedah yang digunakan termasuklah mengubah (dokumen) dan kebocoran jenayah."

(BACA DISINI: http://www.kinibiz.com/story/corporate/181068/ag-false-charge-sheet-indicates-plot-to-topple-pm.html )


Terjemahan dari artikel:
MALAYSIA TODAY
Raja Petra Kamarudin
2 Mac 2018

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU