Wednesday, March 28, 2018

Mahathir Dimasukkan Kehospital 47 Kali Dalam Masa Tiga Tahun

Tidak ramai yang sedar sepanjang tiga tahun yang lepas Mahathir telah dimasukkan kehospital sebanyak 47 kali. Dalam tahun 2015 sebanyak 12 kali, ditahun 2016 sebanyak 25 kali, enam kali tahun lepas, dan ditahun ini sahaja sudah empat kali. Mahathir telah mengejutkan dengan menghabiskan masa selama lapan bulan daripada 38 bulan dihospital. Dan sekarang Mahathir sudah menjadi lebih kerap memerlukan rawatan hospital setiap bulan. Tambahan pula beliau hanya boleh bekerja empat jam dengan satu hari rehat diantaranya. Dengan itu keupayaan bekerja beliau tidak lebih daripada 10-12 jam seminggu daripada 60-80 jam seminggu.

Kwong Wah Daily telah menulis satu analisis yang baik mengenai mengapa Tun Dr Mahathir Mohamad tersangat menentang 1MDB. Sudah tentulah, Mahathir mengatakan ia adalah kerana Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mencuri RM42 bilion wang 1MDB (Mahathir menggunakan perkataan lesap). Yang sebenarnya, mengikut Kwong Wah Daily, ada sesuatu yang lain.

Inilah apa yang Kwong Wah Daily tulis:
Pernahkah kita memikirkan dengan teliti mengapa Mahathir terlalu takut dengan 1MDB dan begitu bersungguh-sungguh mahu memusnahkannya? Ia semata-mata kerana tujuan utama penubuhan 1MDB adalah untuk memperbetulkan porak-peranda perjanjian yang tidak adil dengan 22 pemegang konsesi lebuhraya dan 18 syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) yang ditinggalkan Mahathir.

Kita semua tahu bahawa perjanjian-perjanjian tersebut adalah lebih teruk daripada perjanjian yang ditandatangani dengan tentera bersekutu lapan-negara yang menakluki China. Syarikat berdaftar dua-Ringgit boleh memperolehi kontrak lebuhraya dengan pinjaman bank jaminan kerajaan, membenarkan pelarasan tetap kadar tol untuk tempoh 30 tahun.

Mengenai isu IPP, Tenaga Nasional telah dipaksa membeli keseluruhan kuasa eletrik yang dijana oleh IPP setiap hari. Saya tidak mengatakannya. Wakil DAP lah yang telah bercakap mengenainya. Mereka mungkin telah berhenti memperkatakannya sejak akhir-akhir ini.

Mengapa Mahathir mendesak supaya Najib meletak jawatan? Mengapa Mahathir hanya mahukan jawatan Perdana Menteri untuk dua tahun? Adakah kerana beliau mahu membantu syarikat-syarikat konsesi tersebut untuk 30 tahun lagi. Saya tidak akan bercakap banyak disini. Anda boleh memikirkannya sendiri.

(BACA SELANJUTNYA DISINI)


1MDB mengambil balik apa yang Mahathir curi daripada rakyat

Apa yang Kwong Wah Daily tidak sebut, mungkin kerana takut akan disaman, ialah kebanyakan projek-projek yang diswastakan itu dipegang melalui amanah oleh proksi-proksi atau penama-penama Mahathir. Tan Sri Ani Arope, yang satu ketika Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), mendedahkan perkara ini didalam buku kenangan hidupnya. Pada 20 Disember 2014, Free Malaysia Today melaporkan seperti berikut:
Dalam buku kenangan hidup beliau yang diterbitkan tahun lepas, Al-Marhum Tan Sri Ani membuat pendedahan menggemparkan mengenai persubahatan kerajaan dalam kejadian terputusnya bekalan kuasa elektrik yang berlaku dalam tahun 1992 yang membuka jalan kepada syarikat-syarikat kroni menjadi pengeluar tenaga bebas kepada Tenaga Nasional pada kadar yang lebih tinggi daripada pengeluaran Tenaga sendiri.

Ani menulis Tenaga mampu mengeluarkan tenaga elektrik pada harga 8 sen seunit (atau jam-Kilowatt), dihantar kepengguna pada 17 sen seunit. Walau bagaimana pun, pengeluar tenaga bebas menambat kadar mereka pada 23 sen, yang mana membuatkan Tenaga mengenakan caj kepada pengguna sekurang-kurangnya 30 sen seunit.

Ani mendedahkan bahawa beliau telah menerima tekanan untuk menandatangani satu persetujuan menyerahkan tanah Tenaga kepada pihak ketiga bagi pembinaan janakuasa elektrik. "Tidak ada perundingan; sesungguhnya tidak ada. Daripada sepatutnya berurusan terus dengan IPP, TNB duduk bersama EPU (Unit Perancang Ekonomi Pejabat Perdana Menteri). Dan kami diganggu, dimalukan dan dipersenda setiap kali kami kesana. Selepas itu, pasukan saya jadi kecewa. EPU hanya memberi kami terma dan meminta kami untuk bersetuju. Saya kata tiada sebab saya akan ikut."

(BACA SELANJUTNYA DISINI)


Ani Arope mendedahkan bagaimana 18 IPP Mahathir merompak rakyat berbilion Ringgit setiap tahun untuk selama 30 tahun

Itu, sudah tentulah, salah satu diantara sebab mengapa Mahathir mahu Najib disingkirkan. Sebab kedua dan yang lebih penting adalah Mahathir memandang Najib sebagai penghalang kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri. Kemudian terdapat RM100 bilion yang Mahathir letakkan atas nama pemegang amanah, penama, proksi dan kroni, yang mana beliau tidak akan dapat balik melainkan dan setelah Najib ditendang keluar dan beliau (Mahathir) mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Mahathir berkata beliau hanya perlukan dua tahun dan kemudiannya beliau sedia menyerahkan kuasa kepada penggantinya. Dan siapakah dia bakal penggantinya? Ianya pasti bukan Anwar Ibrahim memandangkan Anwar tidak layak untuk memegang jawatan (kerajaan) sehinggalah selepas bulan Jun 2023. Maka, dalam sementara waktu itu, ianya mestilah seseorang yang lain dan Mahathir mahukan orang itu adalah Mukhriz.

Tetapi mengapa hanya dua tahun? Mengapa tidak lima tahun sehingga Anwar boleh mengambil alih?


Pejabat baharu Perdana Menteri di Putrajaya

Pertama sekali, sekiranya Mahathir menunggu lima tahun dan kemudian menyerahkan kuasa kepada Anwar, itu akan bermakna Mukhriz sama sekali tidak akan menjadi Perdana Menteri. Lebih penting lagi, Mahathir dijangkakan tidak akan dapat bertahan selama lima tahun jadi beliau perlu menyerahkan kuasa secepat mungkin, semasa beliau masih hidup, untuk memastikan penggantinya adalah pilihannya dan bukan pilihan DAP. Sekiranya ia pilihan DAP sudah tentulah ianya bukan Mukhriz.

Tidak ramai yang sedar sepanjang tiga tahun yang lepas Mahathir telah dimasukkan kehospital sebanyak 47 kali. Dalam tahun 2015 sebanyak 12 kali, ditahun 2016 sebanyak 25 kali, enam kali tahun lepas, dan ditahun ini sahaja sudah empat kali. Mahathir telah mengejutkan dengan menghabiskan masa selama lapan bulan daripada 38 bulan dihospital. Dan sekarang Mahathir sudah menjadi lebih kerap memerlukan rawatan hospital setiap bulan. Tambahan pula beliau hanya boleh bekerja empat jam dengan satu hari rehat diantaranya. Dengan itu keupayaan bekerja beliau tidak lebih daripada 10-12 jam seminggu daripada 60-80 jam seminggu.

Jadi, adakah anda fikir Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri selama lima tahun? Persoalannya adalah sama ada beliau dapat bertahan sebagai Perdana Menteri untuk selama dua tahun yang beliau kata beliau mampu. Itulah sebabnya Mahathir mengatakan beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri untuk dua tahun sahaja. Beliau tahu itulah sahaja yang beliau mampu bertahan. Tambahan pula beliau hanya perlukan masa dua tahun sahaja untuk memperbetulkan kewangan beliau dan memastikan Mukhriz akan mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Dan dalam masa hanya dua tahun Anwar belum lagi boleh menuntut takhta kuasa jadi Mukhriz adalah selamat.


Diterjemah dari artikel:
MALAYSIA TODAY
Raja Petra Kamarudin
28 Mac 2018

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU