Monday, September 03, 2012

Kemunculan 'Setan Bisu' PAS Yang Bersuara Lunak ...

SURAT TERBUKA UNTUK HARON DIN


Tuan Guru Dato Dr Haron Din tiba-tiba muncul dari ‘pertapaannya’ dan mengulas di sebuah akhbar dengan lantang akan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu peribahasa Inggeris bermaksud ‘Lebih baik memilih ‘syaitan’ yang dikenali dari memilih ‘malaikat’ yang tidak dikenali’. Sekian lama kita mencari ke mana menghilangnya tokoh ulama PAS yang suatu ketika amat tersohor ini di kalangan umat Islam. Malah saya juga ketika itu sangat menghormati ketokohan ‘Tuan Guru’ ini. Dato Dr Haron Din mengulas kenyataan itu dengan meminta Tun Mahathir ‘bertaubat’ kerana dianggap menyeleweng dari akidah. Beliau juga mengulas bahawa tiada ayat Al Quran yang ‘menyokong’ kenyataan Tun Mahathir tanpa memahami atau bertanya sendiri dengan Tun Mahathir tentang ucapan tersebut.

Perkara ini juga turut pernah terjadi kepada YAB Perdana Menteri tidak beberapa lama dahulu apabila seorang Mufti mengambil kesempatan ‘membelasah’ Perdana Menteri melalui media kerana isu kehadiran beliau ke satu perayaan keagamaan kaum India. Perkara seperti ini seolah-olah dinanti-nanti oleh golongan ulama untuk mencari-cari salah umara dan kelihatannya seperti mahu mempopularkan diri dan membetulkan keadaan secara terbuka. Justeru saya pun ingin bertanya bagi membetulkan pandangan Dato Dr Haron Din secara terbuka.

Malah dalam isu kenyataan Tun Mahathir, ianya umpama ‘bola tanggung’ yang dinanti-nanti oleh Dato Haron Din untuk muncul dari ‘pertapaannya’ selama ini. Amat menghairankan kerana Haron Din membisu apabila Mursidul Am PAS pada suatu ketika secara terang-terangan menyatakan sanggup bersahabat dengan ‘syaitan’ asalkan ‘syaitan’ sanggup membantu kemenangan PAS. Kenyataan Nik Aziz itu mungkin merujuk kepada DAP, tetapi Haron Din dan penganut PAS bijak pula mentafsir kenyataan tersebut dalam konteks yang lebih terbuka. Sedangkan jika beliau seorang ulama yang adil dan saksama, maka kenyataan Nik Aziz ini jauh lebih dahsyat kerana sanggup memilih ‘syaitan’ sebagai sahabat dari memilih ‘manusia seagama’ sebagai rakan politik dalam memerintah negara. Malah setakat ini belum ada ‘peribahasa Inggeris’ yang ditemui berkaitan kenyataan Nik Aziz itu untuk mempertahankan kenyataan tersebut.

Apakah dalam isu ini Dato Haron Din tidak terjumpa begitu banyak Firman Allah di dalam Al Quran yang melarang manusia memilih dan bersekutu dengan syaitan?. Apakah ulama dan ahli PAS terlupa bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata ? Apakah Haron Din atau ulama PAS mempunyai ‘kekebalan’ dari hasutan syaitan sedangkan Nabi Adam AS pun mampu diperdaya oleh syaitan. Janganlah kita ujub dan takabur seolah-olah dengan ketinggian ilmu yang kita mililik maka kita beranggapan kita ‘berada di jalan yang lurus’. Bagi syaitan yang mempunyai pengalaman luas dan bekas ketua malaikat maka tentulah bukan menjadi masalah untuk meyesatkan keturunan Adam AS termasuklah ulama-ulama atau tok guru apatah lagi manusia marhain seperti kita. Malah perkataan ‘maksiat’ juga merujuk kepada ‘perpecahan dalam masyarakat’ yang secara terang telah dilakukan oleh PAS sejak 1951. Kesan ‘maksiat perpecahan’ adalah jauh lebih besar kepada masyarakat dan ianya boleh dilihat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Sewaktu menjadi penganut PAS suatu ketika dahulu, saya begitu marah apabila Tun Mahathir ‘menghina janggut Nabi SAW’. Hanya dari ‘rakaman suara’ mesyuarat MKT UMNO isu itu menjadi panas dan dijadikan alat untuk umat Islam membenci Tun Mahathir. Masa berlalu dan kini saya melihat penganut PAS masih menghukum Tun Mahathir dalam isu ‘janggut Nabi’. Secara realitinya Tun Mahathir mungkin naïf mengenai keadaan ketika zaman Rasullullah SAW tetapi menghukum beliau tanpa mengetahui niat ucapannya seolah-olah kita mendahului Yang Maha Esa. Malah sehingga ke hari ini hukuman sesat dan penghinaan telah pun dijatuhkan oleh pemimpin dan penganut PAS sedangkan ianya tidak melibatkan akidah dan kepercayaaan Tun Mahathir dalam soal darjat dan kenabian Baginda SAW.

Di mana keberanian ulama seperti Haron Din apabila timbul persoalan amat besar dalam kenyataan Nik Aziz mengenai isu sambutan maulud Nabi SAW ? Rakaman dalam Youtube dan komen Nik Aziz mengenai Nabi SAW amatlah pelik tambahan diungkapkan oleh ‘Tok Guru' merangkap Mursyidul Am PAS. Malah yang paling dahsyat apabila beliau menafikan sirah Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda diangkat sebagai Rasul. Sedangkan 'cahaya @ Nur Muhammad' sudahpun tertulis sebelum kejadian Nabi Adam lagi. Berbagai peristiwa pelik terjadi di seluruh muka bumi sebaik sahaja kelahiran Junjungan Nabi Muhammad SAW seperti terpadamnya api obor sembahan kaum Parsi sebaik Nabi dilahirkan dan runtuhnya singahsana kerajaan Rom juga menandakan kelahiran 'manusia agung' di muka bumi. Kenapa Haron Din membisu dan penganut PAS mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan penghinaan yang sangat tidak siuman dan mengelirukan ini?

Dalam isu ‘Negara Islam’ apakah Haron Din sudah terlupa ceramah beliau mengenai ‘Dokumen Negara Islam dan Hudud’ yang menjadi agenda beliau suatu ketika dahulu? Di mana kelantangan Haron Din bila Presiden PAS ketika menjadi MB Terengganu dengan selamba mengatakan bahawa hudud hanya 1% dari keseluruhan ajaran Islam ? Apakah Haron Din tidak sempat langsung menonton dalam Youtube akan kenyataan Nizar Jamaluddin di dalam DUN Perak yang ‘menafikan’ bahawa PAS pernah mengeluarkan Dokumen Negara Islam dan mahu melaksana undang-undang hudud?

Paling menyedihkan, di mana Dato Haron Din apabila sahabat beliau YB Dato Dr Hassan Ali menjadi mangsa pemecatan PAS tanpa berpeluang mempertahankan diri. Apakah satu kesalahan hanya kerana Hassan Ali mahu mempetahankan isu akidah umat Islam di Negeri Selangor (tempat tinggal Haron Din sendiri). Tidakkah terbuka pintu hati beliau melihat isu besar dan kecelaruan fahaman Pluralisme dan LGBT yang menghimpit negara dan menjadi agenda pihak tertentu?

Suatu ketika ulama yang mempertahankan pemerintah pernah dilabel sebagai ‘ulama bisu’ oleh PAS, tetapi kini peribahasa ‘meludah ke langit jatuh ke muka sendiri’ sudah terpalit ke muka ulama PAS sendiri. Beliau dan ulama PAS bukan sahaja tidak berani bersuara membetulkan partinya sendiri tetapi masih mencari-cari kesilapan UMNO dan pemimpinnya. Semakin hari umat Islam membuka mata dan dapat menilai sejauh mana ketelusan dan kejujuran PAS dalam membawa agenda perjuangan Islam.

Ulama PAS mungkin tidak terpandang Firman Allah yang menyuruhnya umatnya menyambung silaturrahim, bersangka baik, mentaati pemimpin, bersyukur, sabar dan banyak lagi perintah Allah SWT yang menuntut kita menterjemahkan sifat-sifat ‘mahmudah’ dan menjadi orang-orang yang bertakwa. Apa yang dilihat, PAS semakin meminati sifat mazmumah dan sudah mula sebati dalam pemikiran dan tindak tanduk PAS.

Sebagai bekas penganut fahaman PAS saya terbaca hadis ini: Muaz ibni Jabal berkata Rasulullah SAW sambil berjalan memegang tangannya “Wahai Muaz! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar iaitu menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan khianat dan mengasihani anak-anak yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal dan lembut percakapan, menyebarkan salam dan taat setia kepada pemimpin yang adil, berusaha memahami al-Quran, kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan dan baik amalan. Aku larang kamu dari memaki hamun orang Islam atau mempercayai pembohongan atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai pemerintah yang adil. (Hadis riwayat Al Baihaqi)

PAS sudah jauh tersasar kerana menjadikan agama sebagai alat politik mereka tetapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan keperibadian Islam yang syumul. PAS bukan tempat yang selamat untuk para ulama seperti Haron Din bersuara dengan jujur dan ikhlas. Inilah hakikat yang Allah SWT sampaikan kepada Nabi SAW agar kita berhati-hati dengan ulama politik.

Sabda Nabi SAW ‘Di akhir zaman nanti, menjelang kiamat, orang faqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat serta pendapat dan fatwa mereka) yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat, tapi fitnah itu berbalik kepada mereka sendiri (hadis riwayat Ibnu Umar dan Imam Al Hakim dalam kitab Tarikh Naisabur )

Saya masih mengharap dan berdoa agar pintu hati Dato Dr Haron Din akan terbuka untuk membetulkan PAS dari dalam. Beliau mempunyai ‘aura besar’ dalam PAS dan mampu menyatupadukan umat Islam di negara ini. Berdosakah jika beliau membantu YB Nasharuddin untuk menyatupadukan UMNO PAS. Kesempatan emas ini harus di rebut oleh beliau bagi menyelamatkan Islam di negara ini. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada beliau dalam usaha mencari kebenaran di dalam perjuangannya.

Saya percaya jika pengaruh dan kewibawaan beliau digunakan sebagai ulama sebenar dan bersikap adil dan saksama, Islam akan menjadi agama yang dihormati. Insitusi ulama hanya boleh dipandang sebagai ‘perwaris Nabi’ jika Dato Dr Haron Din dan ulama tidak memihak dalam memberikan pandangan mereka. Yang benar katakan benar samada ianya dilakukan UMNO mahupun PAS. Namun jika ianya salah, katakanlah ‘salah’ tanpa menyebelahi mana-mana parti supaya wibawa ulama kembali di hormati.

(Sahabat fb Anti Bersih)


Dipetik dari blog Budak Benteng.


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU