Bendera Republic of Malaysia?
Hamba terpanggil untuk menulis fakta sebenar bagi menangkis fitnah liar terhadap asal usul Jalur Gemilang dan sejarah sebenar 'Sang Saka Malaya' (Bendera Pengkhianat) yang diagung-agungkan oleh puak Pakatam Jahanam. Setakat ini masih belum ada usaha yang komited untuk menangani dakyah fitnah Pakatam Jahanam ke atas Jalur Gemilang.
JALUR GEMILANG
Pakatan Jahanam menebarkan dakyah fitnah mengenai asal-usul Jalur Gemilang. Antara lain, Pakatam Jahanam mendakwa Jalur Gemilang di tiru bulat-bulat dari Bendera Amerika tanpa memberikan sebarang fakta sejarah yang konkrit sebagai alasan. Amerika tidak menjajah Malaya, yang menaungi Malaya ialah British. Bendera Union Jack tak sama pun dengan Jalur Gemilang. Oleh itu mustahil lah hendak dikatakan Jalur Gemilang ini tiruan bendera Amerika Syarikat. Tidak ada bukti sahih yang membuktikan Jalur Gemilang di tiru bulat-bulat dari bendera Amerika Syarikat.
Bendera Syarikat Hindia Timur
Bendera Amerika
(Kedua-dua bendera ini tidak mempunyai warna KUNING serta BULAN SABIT dan BINTANG)
Bendera Srivijaya
Malah tidak ada bukti yang membuktikan pereka bendera Jalur Gemilang mengambil bulat-bulat rekaan bendera Amerika Syarikat. Rekabentuk Jalur Gemilang mempunyi banyak persamaan dan mengikuti ciri-ciri bendera dan panji yang telah lama ada di nusantara.
Kedua, Jalur Gemilang di fitnah oleh Pakatam Jahanam sebagai meniru bendera Syarikat Hindia Timur. Ini berdasarkan kepada jalur merah putih. Sekali lagi ianya tidak benar. Itu hanya berdasarkan kepada sangkaan semata-mata. Sejarah membuktikan bahawa Jalur Merah Putih pada bendera, panji dan umbai-umbai kerajaan di nusantara sudah lama digunapakai sejak Empayar Srivijaya, empayar Surya Majapahit dan seterusnya sebelum munculnya Syarikat Hindia Timur.
Lambang Bulan Sabit dan Bintang sememangnya lambang yang telah digunakan di nusantara sejak lama dulu.
Jalur merah putih sudah lama terpakai dan digunakan di alam nusantara beratus tahun lebih awal dari penggunaannya pada bendera Syarikat Hindia Timur dan Amerika Syarikat. Jadi tak masuk akallah kalau kata jalur merah putih pada Jalur Gemilang meniru rekabentuk jalur merah putih yang ada pada bendera Syarikat Hindia Timur dan Amerika Syarikat.
SANG SAKA MALAYA - BENDERA PENGKHIANAT
Sang Saka "Pengkhianat" Malaya
Sang Saka Merah Putih Bendera Republik Indonesia
Bendera pengkhianat ini bukan desain/ rekabentuk baru. Ianya sudah lama ada sejak 1920an lagi. terlahir hasil aspirasi perjuangan puak nasionalis berhaluan kiri untuk bergabung dengan Indonesia bagi membentuk Gagasan Indonesia Raya / Gagasan Melayu Raya .
Oleh kerana puak nasionalis berhaluan kiri turut diresapi oleh anasir komunis maka perjuangan mereka menentang British akhirnya tidak kesampaian.
Bendera pengkhianat tersebut membawa aspirasi dan perjuangan menegakkan sebuah negara Republik berfahaman sosialis ala komunis. Perjuangan tersebut telah lama di tolak oleh majoriti rakyat Malaysia sejak 1948 melalui dua Darurat.
KESIMPULANNYA:-
Sekarang sudah terbuktilah bahawa dakyah fitnah jahat Pakatam Jahanam terhadap Jalur Gemilang cuma alasan untuk menjustifikasikan semula kebangkitan semangat perjuangan puak nasionalis berhaluan kiri yang bermula sejak 1920an.
Perjuangan itu telahpun di tolak oleh majoriti rakyat Malaysia pada 1948, 1956 dan 1963. Hanya segelintir pewaris perjuangan sia-sia itu sahaja yang berkeras kepala. Kerana mereka malu untuk mengakui bahawa perjuangan lapuk mereka sudah lama di tolak oleh majoriti rakyat Malaysia sejak dulu lagi.