Wednesday, June 27, 2012

Mengimbau Kembali KEJAYAAN PAS Dalam Perpaduan Ummah


Hasilnya Mengeratkan Silaturrahim Sesama Keluarga, HEBAT!
Sungguh Hebat, Itulah Dia Tuan Guru Hj Hadi Awang.
SIA-SIANYA SEMBAHYANG ORANG UMNO!
Kerana mengikut 'fatwa' PAS, sembahyang orang UMNO
adalah sembahyang orang kafir!
Di Memali, Berbelas Orang 'Mati Katak' Kerana Nak Sangat
Tubuhkan Negara Islam, Betul Ke?
Tak. Katak Tak Mati Macam Tu.
Jadi Mati Apa Ni? MATI SYAHID ...
Syukur Alhamdulillah, Berkat Amanat Hj Hadi Awang.
Siapa Tuan Guru Hj Hadi Awang Tu?
Presiden PAS. Orang Yang Keislamannya No. 2
(Atau Nombor 1?) Tertinggi di Malaysia.

Tuesday, June 26, 2012

Memahami Formula Yang Tersirat Dalam Bendera PAS



Bentuk Bulan Bulat = Bentuk Angka KOSONG (SIFAR).

Gambar Bulan atau Angka KOSONG diabadikan dalam Bendera Parti PAS, yang berlatarkan pula warna HIJAU. Mengapa hijau? Kerana semua pemimpinnya masih belum matang berfikir (masih mentah) walaupun saban waktu begitu ketara terlalu bernafsu untuk memimpin negara. Bolehkah kita mengharapkan pemimpin yang masih mentah daya berfikir untuk memimpin halatuju hidup dan kehidupan kita? Katakanlah TIDAK walaupun terpaksa.

Formula yang mudah untuk difahami : PAS = KOSONGSIFAR atau ZERO = 0.

Mungkin ramai yang tidak perasan ianya juga memberi makna bahawa Sebenar-Benarnya percaya kepada Janji-Janji PAS adalah sama dengan Percaya kepada Janji-Janji KOSONG pemimpin-pemimpinnya, menyeluruh disemua peringkat parti.

Janji-Janji Manis PAS yang termasyhur antara lain adalah Ketentuan Syurga dan Pahala, Tertegaknya Negara Islam di Bumi Malaysia, dan Terlaksananya Undang-Undang Islam dalam pentadbiran Negara. Inilah janji-janji yang sentiasa dicanangkan kepada Lebai-Lebai DUNGU PAS bermula dari terjaga dari tidur hingga kembali melelapkan mata, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, TANPA rasa jemu, rasa malu apatah lagi untuk rasa bersalah.

Kerana itu ramai pemimpin-pemimpinnya seolah-olah hampir berIQ sifar, contoh - melambak diseluruh negara dengan mengeluarkan bermacam-macam fatwa karut-marut, membawa cerita-cerita rekaan yang cukup menghiburkan penyokong taksub mereka sebagai halwa telinga 'penghuni syurga' rekaan mereka, sehingga mereka berTAKEBEER tak mengira tempat dan ketika.

Mereka boleh berjanji apa saja sehingga merentasi Alam Barzah dan Alam Akhirat. Semua terpakai!

Cuba kita lihat janji-janji PAS dibawah ini, dan kita renung-renungkan, adakah ianya akan terlaksana? Kita ambil contoh satu dua sudahlah, tak payah banyak-banyak ...

Senyum Kepuasan 2 Pemimpin Tertinggi PAS Kerana Berjaya
MenDUNGUkan Penyokong Tegar Mereka
Lihat Jamiman No. 1 tu cukuplah. Boleh percaya ke ni? Orang yang MALU nak mengaku Melayu memberi jaminan nak mengangkat mertabat kaum Melayu! Hek eleh ...

Jaminan No. 9. Untuk apa nak dipertahankan? Nak buat jirat Cina seluruh Malaysia? (Contoh kat Kedah).

Jaminan No. 11. Mempertahankan sekolah agama? Tapi mengapa agaknya sampai berdemontrasi dengan DAP membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat kat Perak?

Apa-apa pun, nak tanya PAS ni ... Madrasah Salihiah kat Kedah tu dah robohkan ke belum? Nanti Lebai-Lebai DUNGU PAS kempunan nak beli-belah kat shopping mall yang nak buat atas tapak Madrasah tu!

Tuesday, June 19, 2012

Jawapan Mengapa Anjing Serigala PAS Menerkam YB Zul


Lihat Video Terkaman dibawah ...

Sunday, June 17, 2012

Nik Aziz Mungkin Protes Dengan Solat Atas Pokok Ni !

Dekan Universiti Jordan - Jangan Pilih Parti Atas Nama Islam Semata-Mata.

alt
KUALA LUMPUR 17 Jun - Penggunaan nama Islam pada sesebuah parti politik bukanlah satu indikasi kepada rakyat untuk memilih parti tersebut sebaliknya mereka perlu memberi perhatian kepada manifesto dan pelaksanaannya.

Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Bayt Jordan, Syeikh Dr Mohammad Ali Ibrahim Alzoghool berkata manifesto dan pelaksanaannya oleh sesebuah parti itu dapat menentukan keupayaan untuk memberi khidmat terbaik buat rakyat.

"Letaklah nama apa pun (pada parti politik), yang lebih penting adalah manifesto dan pelaksanaan (manifesto) selepas itu.

"Mana lebih Islamik, lebih tepati kebajikan serta menepati tamadun umat Islam itulah yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas membentang kertas kerja bertajuk 'Melahirkan Barisan Pelapis Kepimpinan Muda Islam' pada Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin, di sini, hari.

Beliau adalah antara pembentang kertas kerja pada Seminar Antarabangsa: Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berakhir hari ini.

Seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu dalam ilmu Fiqh yang sering diabaikan iaitu prinsip membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin.
 
Dr Mohammad Ali Ibrahim juga menekankan bahawa orang yang soleh tidak semestinya sesuai untuk menjadi pemerintah.

"Tidak semestinya orang soleh serta baik dari sudut agama itu layak untuk menjadi pemerintah.

"Dalam sebuah hadis menyatakan Rasulullah S.A.W menolak permintaan seorang sahabat bernama Abu Dzar untuk menjadi pemimpin walaupun mengetahui Abu Dzar seorang yang soleh serta taat kepada agama kerana merasakan Abu Dzar tidak sesuai untuk menjadi seorang pemimpin," katanya.

Terdahulu, bekas Dekan Fakulti Syariah Universiti Yarmouk Jordan Syeikh Prof Dr Mohammad Oqlah Al-Ali Al-Ibrahim, yang turut membentangkan kertas kerja, berkata setiap parti politik mempunyai asas berlainan antara satu sama lain  dan seseorang itu perlu mengkaji mengenai parti-parti sebelum menganggotainya.

Saturday, June 16, 2012

Lebai-Lebai DUNGU PAS Pasti Gembira Akan Dapat Pengembala Baru

Terence Netto : Selepas Anwar, Bukan Islam Jadi PM

AIDCNews – 16/06/12 – Seorang wartawan, Terence Netto telah meramalkan bukan Islam bakal menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kupasannya di Malaysiakini bertajuk ‘Anwar’s successor and the non-Malay PM‘. 

Wartawan berpengalaman selama hampir empat dekad itu membuat ramalan itu berdasarkan intipati ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam program tetamu khas program makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (Foreign Correspondents Club of Malaysia – FCCM), 5 Jun.

Menurut Terence Netto, ketika dalam program FCCM, Anwar telah ditanya oleh peserta tentang siapakah pengganti beliau yang bakal dilantik menjadi Ketua Pakatan Rakyat (PR), sekali gus menjadi PM selepas dirinya.

Pertanyaan itu wajar, kata Netto memandangkan usia Anwar bakal mencecah 65, walaupun kini Anwar masih sihat, namun pada masa akan datang, usia lelaki selepas 65 tahun, kesihatannya sukar diramal.

Katanya, Anwar kini menjadi penyatu di antara kedua parti ektrim, DAP yang mendokong prinsip sekular dengan PAS yang mendokong prinsip Islam.

Manakala Anwar pula menurut Netto berada di tengah-tengah kedua prinsip itu iaitu Islam dan Demokrasi yang merupakan prinsip baru selepas Fasisme dan Demokrasi, serta Komunisme dan Demokrasi.

Selepas Fasisme dan Komunisme berjaya dicairkan (baca :diliberalkan) dengan senjata Demokrasi, sekarang tiba giliran Islam pula.

Pengkritik Anwar, kata Netto melihat prinsip Islam dan Demokrasi yang dibawa Anwar itu sebagai seorang pelopor ‘Pluralis Agama’ kerana berdasarkan ucapan-ucapan Anwar di luar dan negara yang mentakrifkan ‘maqasid al-syariah’ sebagai pelopor ideal Pencerahan (ideals of the Enlightenment) seperti di negara-negara barat yang tidak menyerang agama, mempromosi kebebasan, individu, dan akal fikiran manusia.

Dalam program FCCM itu kata Netto, Anwar memetik merit demokrasi di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pandangan ahli falsafah Peranchis, Alexis de Tocqueville, yang menulis buku pada tahun 1835 selepas sembilan bulan melihat perkembangan demokrasi di AS.

Anwar berkata beliau sering mencadangkan buku Tocqueville dijadikan kitab rujukan kepada kumpulan muda pemimpin dalam PKR, untuk kemajuan rohani mereka.

Falsafah Tocqueville adalah relevan kata Anwar kerana penularan revolusi demokrasi akan menguasai dunia untuk mendapatkan sistem kesaksamaan kepada rakyat.

Kata Anwar persamaan adalah dituntut oleh semua manusia, jika manusia menjadi sama – atau boleh dibuat sama – maka mereka amat menghargainya

Menurut Netto, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya berfahaman Tocqueville tentang kesaksamaan itu, maka, bukan menjadi halangan kepada bukan Melayu/Islam bakal menjadi PM Malaysia pada masa akan datang.

Bacaan lanjut pandangan Terence Netto, sila klik di sini

Friday, June 15, 2012

Kata Dua Nik Aziz - Mahu Haji Atau Mahu Gerenti Syurga ?

FATWA SESAT - UNDI PAS IALAH RUKUN ISLAM KE LIMA GANTI HAJI !

Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz turut bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Bernama melaporkan, Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan. 

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Aziz berkata, perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan Pas Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.

Subhanallah... apakah ini ujian Allah terhadap umat Islam dinegara ini, terlalu dangkal hujah Nik Aziz untuk menyuruh penyokong atau pengundi membatalkan hasrat mereka menunaikan Haji, sedangkan Haji yang mereka ingin tunaikan bukannya haji 'taja' sebaliknya dengan niat kerana Allah Taala.

Apakah Nik Aziz lupakan MATI bila mengatakan Haji itu boleh dilakukan bila-bila masa, Allahuakbar... Nik Aziz lebih mementingkan kuasanya daripada ibadah Haji, Nik Aziz seakan sudah tidak percaya dengan kuasa Allah Taala yang akan membantu perjuangan Islam sekiranya perjuangan itu benar-benar mengikut dasar Islam.

Perkara yang ada didalam RUKUN ISLAM pun boleh diketepikannya demi kegilaan kuasa, atau ada didalam rukun Islam bahawa WAJIB mengundi Pas lebih pada menunaikan Haji, mementingkan rukun Pas lebih pada rukun Islam lebih baik jadi orang Pas dari menjadi orang Islam.

Sebesar mana perjuangan Pas memberi makna kepada Islam sehingga sanggup mengetepikan rukun Islam yang ke 5 itu, kita boleh terima sekiranya perjuangan Pas itu benar-benar mengikut perjuangan Islam, ini perjuangan Pas pun tidak seberapa dan banyak pula bercanggah dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.

Pas boleh berpolitik, tidak salah malah ia perlu, tetapi jika sudah memperjudikan Islam kerana kepentingan politik ini satu hal yang tidak betul dan SESAT, Khilaf memang ada didalam Islam, dan kita hormat perbezaan pendapat, tetapi ini adalah perbezaan pendapat yang jelas lebih mementingkan politik daripada rukun Islam yang sebenar.

Kalau Pas sudah laksanakan Hukum Hudud seumpamanya, dan semua pemimpin Pas itu Ulamak bertakwa seadanya, dan boleh jadi mudharat sekiranya penyokong Pas tidak mengundi kerana pergi menunaikan Haji yang boleh menyebabkan runtuhnya empayar Islam dan yang akan naik itu empayar dajjal ketika itu berbaloilah untuk membatalkan niat mereka menunaikan Haji dan boleh jadi lebih WAJIB untuk mereka mempertahankan kuasa Islam itu.

Ini tidak berlaku, kiranya jatuh kerajaan Pas bukan bermakna tumbangnya kerajaan Islam, kerana kerajaan yang akan naik itu lebih Islam daripada kerajaan Pas dan Islam tidak mudharat atau terancam dibawah kuasa itu. Maka apa perlunya untuk menyuruh mereka membatalkan niat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Perkara ini perlu jelas dan jangan mudah terkeliru, ISLAM lebih penting dari Pas, tanpa Pas Islam tetap akan berkembang dan langsung tidak mendatangkan mudarat, jadi tidak ada sebab untuk umat Islam membatalkan niat suci mereka kejalan Allah semata-mata kerana Pas.

Inilah ujian Allah terhadap hamba-hambanya supaya kita lebih celik dalam menilai dan membuat keputusan, sangat tidak wajar kenyataan Nik Aziz supaya membatalkan niat untuk menunaikan Haji, dan bagi Gk umat Islam tidak fikir yang seorang perdana Menteri Islam akan mengadakan pilihanraya pada musim Haji yang boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tidak dapat mengundi sekaligus tidak berlaku adil kepada mereka yang berhak.

Hal ini mustahil untuk berlaku dibawah seorang Perdana Menteri Islam yang adil, sekiranya ia berlaku maka kuasa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya termasuk kuasa seorang Perdana Menteri yang tidak adil. 

Sebagai sebuah negara yang majoriti kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh pengundi atas pagar, bukankah ketidakadilan itu akan akan dinilai untuk diputuskan oleh golongan mereka ini. Dengan itu Nik Aziz yang dikatakan Ulamak sepatutnya lebih kena yakin kepada kuasa Allah Taala daripada kuasa manusia.

Didalam meyakini kuasa Allah Taala benar ia perlu ada usaha dan usaha itu tidak bermakna usaha untuk tidak mengerjakan rukun Islam kelima bahkan banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh dilakukan daripada menafikan Rukun Islam itu.Oleh yang demikian sedarlah dan kejutkanlah Nik Aziz itu dari terus menyesatkan. Anda Mampu Mengubahnya..

Thursday, June 14, 2012

SAH. Para Lebai Dungu PAS Kena 'Liwat' Terang-Terangan




Live Yahoo! chat (status jam 1550) dengan Bos Besar Bersih, Ambiga Sreevanesan. Jelas sekali beliau menyokong tuntutan kerusi Perdana Menteri kepada bukan Islam. Sekarang PAS hendak kata apa lagi?!!

Penat-penat berdemo bertempur dengan Polis, last-last kena liwat dengan anak Hindu! Padan MUKA!!!

(Terjemahan)

"3:52   Ambiga Sreenevasan - Tidak terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hanya sesuatu bangsa (kaum) boleh menjadi PM."


Mymassa


Umrah Itu 'Perhimpunan' - 'Fatwa' Khalid (Gereja) Samad

Khalid Samad Kata Umrah Maknanya “Perhimpunan”!

khalid gereja
Masih lagi hangat mengenai ibadah haji. Tapi kali ini mengenai pendedahan Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay yang menyatakan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menghantar nota diplomatik kepada pihaknya gara-gara himpunan Bershit 3.0 pada 28 April lalu.

Sebelum ini, sudah diberitahu dan diberi amaran kepada puak-puak Pakatan Haram bahawa tindakan mereka berhimpun di Tanah Haram Makkah dan Madinah Al-Munawwarah itu melanggar undang-undang negara itu, tapi mereka tidak hiraukan.

Nasrudin Hasan Tantawi berdegil juga mengarahkan “penganut-penganut agama PAS” berhimpun memperjuangkan himpunan yang diketuai oleh seorang kafir harbi yang cuba merendah-rendahkan Islam di dua pusat tumpuan ummah dari seluruh dunia itu.

Kononnya, Nasrudin mahu himpunan Bershit itu berlangsung di seluruh dunia termasuk di lokasi ibadah umat Islam tersebut, tanpa memikirkan tentang undang-undang di negara itu atau terfikir untuk menghormati peraturan sesebuah negara.

Hasilnya, Malaysia juga yang tercalar imejnya dan Kerajaan Arab Saudi mengganggapnya sebagai tindakan yang melanggar undang-undang negara itu dan menurut Kohilan, mereka yang terbabit dalam himpunan itu tertakluk kepada kerajaan negara itu.

Itu satu perkara. Satu perkara lagi ialah mengenai Khalid Samad dan apa kena mengena Khalid dengan insiden yang memalukan Malaysia itu?

Sebenarnya, pendedahan Kohilan itu dilakukan di Parlimen, semalam. Yang lebih memalukan PAS, Kohilan yang bukan beragama Islam itu secara berhati-hati menasihatkan dewan agar tidak terlalu taksub dengan fahaman politik sehingga sanggup mencemari tempat suci di Makkah dan Madinah.

Mungkin kerana inilah telinga Khalid Samad “berdesing” dan dia bingkas bangun mencelah memperkecilkan pemahaman Kohilan mengenai perkataan “umrah”.

“Umrah tu perhimpunan la,” kata Khalid dengan yakin.

Kata Khalid, perkataan “umrah” itu bererti “perhimpunan”???! Kepala hotak dia! Siapa yang ajar dia umrah itu bererti perhimpunan? Khalid Samad benar-benar menjatuhkan air muka Mursyidul Am PAS. Apa Nik Aziz tak ajar Khalid Samad tentang umrah, kah?

Untuk pengetahuan Khalid Samad, umrah dari segi bahasa bermakna ZIARAH atau menuju ke tempat yang makmur, pada bila-bila masa.

Pengertian umrah mengikut syarak pula ialah mengunjungi Kaabah untuk melakukan ibadah iaitu tawaf dan sai’e menurut syarat-syarat wajibnya.

Walaupun bagi sesetengah ulama berpendapat bahawa ibadah umrah adalah sunat, namun ulama Mazhab Syafi’e dan Hambali menyatakan bahawa ia adalah wajib.

Khalid Samad faham ke tidak pencerahan ini? Atau seseorang patut “lepuk” dahinya sekali untuk membuatkannya faham mengenai ibadah umrah?

Lain kali, kalau jahil tentang sesuatu, khususnya mengenai yang berkaitan Islam, janganlah sesuka hati saja menyampuk nak tunjuk pandai! Kan dah kena sebijik..!!! Itulah..suka sangat masuk gereja, kan dah bengap otak tu…

Wednesday, June 13, 2012

Wajib Baca ! Luahan Hati Tun Dr Mahathir

Chedet : MY FEARS

(Terjemahan saya dibawah)

Lim Kit Siang is reported to have said that I am working hard to ensure the Opposition will not win because I am afraid when the Opposition Government is in place, it will act against all my “misdeeds” when I was Prime Minister.

2) No doubt he is inspired by what happened to Gadaffi and Mubarak. He would love to see me dragged to the courts and sentenced to death or to at least a life sentence. Maybe like Gadaffi I would be murdered.

3) He is right. I am afraid. I am afraid of the kind of abuse of power that has already been shown by one of Pakatan’s great leader who got a senior police officer to frighten Dr Ristina and Ummi Hafilda into withdrawing Ummi’s letter to me.

4) I am afraid of the fabrication of charges so as to put me behind bars. That I am innocent would be irrelevant. What is important is Kit Siang’s satisfaction at seeing me behind bars and more.

5) Other than this I am not afraid. I had always been careful not to abuse the power I had as PM because I was mindful of having to step down and lose power at some stage. If I had abused power my detractors would gleefully expose me and strive to put me behind bars.

6) In fact this has been tried.

7) Since retiring I have been questioned by the police and the AG’s office several times. I was also made to appear before a tribunal to be questioned by all and sundry, including representatives of the Bar Council.

8) So far nothing could be pinned on me.

9) The anti-corruption people can even now investigate whether I have ever received illegal gratifications, whether I have detained or thrown people into jail for personal reasons, whether I benefitted personally from any of the projects carried out during my time.

10) I have not taken anything that is not mine. In fact all gifts given to me, many very valuable, have been given to the Government including a score of expensive cars. They can be seen in Langkawi or at the old PM’s house in KL. I must admit that I ate some of the fruits given me to prevent them from going bad.

11) I had not allowed my children to do business with the Government or to be candidates in elections though they have been offered several times when I was PM and President of Umno. Only after I stepped down did I allow Mukhriz to contest.

12) Whatever money I now have is from savings during 29 years in the Government. My salaries were not big. But the Government took care of my housing, water and electricity, my travels. I don’t even spend much on food as I get invitations to functions like weddings etc.

13) I was therefore able to save my pay and allowances.

14) Except for Mirzan, my children did not get any scholarships. I believe Mirzan paid back what he owed MARA. He had the scholarship before I became a Minister, in fact when I was expelled from UMNO.

15) I have bought or been given no shares except for 200 Malayan Tobacco shares I bought long before I joined the Government. Other shares are the Unit Trusts issued by PNB and State Governments which I was obliged to buy. I own shares in MICO pharmacy in Alor Star which I set up when I was a private practitioner.

16) I am not interested in getting rich or living a life of luxury. What I have now is far more than I had hoped for when I was dreaming as a student. I am grateful to Allah for what I have and for sparing me to live this long.

17) I am ready to go when my time comes. I am conscious that all that I have will not accompany me to the grave.

18) But for as long as I can I will work hard to prevent evil people and crooks from destroying this country that I love.


(Terjemahan, sebaik mungkin yang termampu)

Apa Yang Saya Takutkan
  1. Lim Kit Siang telah dilapurkan berkata saya sedang berusaha keras untuk memastikan Pembangkang tidak boleh menang kerana saya takut apabila Kerajaan Pembangkang mengambil alih, ianya akan bertindak terhadap segala “perlakuan jahat“ semasa saya menjadi Perdana Menteri.

  2. Tidak dinafikan dia mendapat ilham dari apa yang terjadi kepada Gadaffi dan Mubarak. Dia terlalu ingin melihat saya diseret kemahkamah dan dihukum mati atau sekurang-kurangnya dipenjara seumur hidup. Mungkin seperti Gadaffi saya dibunuh.

  3. Dia betul. Saya takut. Saya takut kepada penyalahgunaan kuasa yang telah pun ditunjukkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi Pakatan yang mengarahkan seorang pegawai kanan polis menakutkan Dr Ristina dan Ummi Hafilda supaya menarik balik surat Ummi kepada saya.

  4. Saya takut akan pelbagai pertuduhan bagi membolehkan saya dipenjarakan. Yang saya tidak bersalah sudah tidak relevan. Apa yang penting ialah kepuasan Kit Siang melihat saya dipenjarakan dan lebih lagi.

  5. Selain dari ini saya tidak takut. Saya sentiasa berwaspada agar tidak menyalahgunakan kuasa yang ada pada saya sebagai PM kerana saya sentiasa beringat saya akan terpaksa mengundur diri dan hilang kuasa pada sesuatu tahap. Jika saya telah menyalahgunakan kuasa pengkritik-pengkritik saya akan teruja mendedahkan saya dan berusaha menghumban saya kedalam penjara.

  6. Sebenarnya ini telah pun dicuba.

  7. Semenjak bersara saya telah disoal oleh polis dan pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga dikehendakki menghadirkan diri kepada satu suruhanjaya untuk disoal oleh semua dan sesiapa, termasuk wakil-wakil Majlis Peguam.

  8. Setakat ini tiada apa pun yang disabitkan keatas saya.

  9. Orang-orang pencegah-rasuah sekarang ini boleh menyoal-siasat sama ada saya pernah menerima suapan haram, sama ada saya pernah menahan atau menghumban orang kedalam penjara atas sebab-sebab peribadi, sama ada saya memperoleh keuntungan peribadi daripada apa-apa projek yg dijalankan disepanjang tempoh saya.

  10. Saya tidak pernah mengambil apa yang bukan kepunyaan saya. Sebenarnya semua pemberian yang diberikan kepada saya, banyak yang sangat bernilai, telah diberikan kepada Kerajaan termasuk sejumlah kereta-kereta mewah. Ianya boleh dilihat di Langkawi atau dekat rumah lama PM di Kuala Lumpur. Saya kena mengakui yang saya telah memakan sebahagian dari buah-buahan yang diberikan kepada saya bagi mengelakkan ianya menjadi busuk.

  11. Saya tidak membenarkan anak-anak saya berurusniaga dengan Kerajaan atau menjadi calon pilihanraya walaupun mereka ditawarkan beberapa kali semasa saya menjadi PM dan Presiden UMNO. Hanya apabila saya telah berundur saya membenarkan Mukhriz bertanding.

  12. Wang apa pun yang saya ada sekarang adalah hasil simpanan selama 29 tahun dalam Kerajaan. Gaji saya tidak besar. Tetapi Kerajaan menguruskan rumah saya, air dan letrik, perjalanan saya. Saya tidak berbelanja banyak untuk makanan kerana saya menerima undangan-undangan kemajlis-majlis seperti perkahwinan dan sebagainya.

  13. Kerana itu saya dapat menyimpan gaji dan elaun saya.

  14. Kecuali Mirzan, anak-anak saya tidak mendapat apa-apa biasiswa. Saya percaya Mirzan telah membayar balik apa yang dia terhutang dengan MARA. Dia mendapat biasiswa tersebut sebelum saya menjadi Menteri, sebenarnya pun semasa saya dibuang dari UMNO.

  15. Saya tiada membeli atau diberi apa-apa saham melainkan 200 saham Malayan Tobacco yang saya beli lama sebelum saya menyertai Kerajaan. Lain-lain saham adalah Saham Amanah dikeluarkan oleh PNB dan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang saya beli secara sukarela. Saya memegang saham MICO pharmacy di Alor Star yang saya tubuhkan semasa saya seorang pengamal persendirian.

  16. Saya tidak berminat untuk mencari kekayaan atau hidup dalam kemewahan. Apa yang saya ada sekarang adalah lebih dari apa yang saya harapkan semasa saya berangan sebagai seorang pelajar. Saya bersyukur kepada Allah atas apa yang saya ada dan memanjangkan usia saya sehingga kini.

  17. Saya bersedia untuk pergi apabila tiba masanya nanti. Saya sedar segala apa yang saya milikki tidak akan menemani saya keliang kubur.

  18. Tetapi selagi saya mampu saya akan bekerja keras bagi menghalang pengkhianat dan petualang daripada merosakkan negara yang saya cintai.

MB Selangor Dicabar Dedah Kerugian Unisel

Perak Today

khalidibrahim400px-4
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi dicabar supaya segera mengumumkan kedudukan kewangan Universiti Selangor (Unisel) dan menjelaskan tujuan utama mereka untuk mencairkan aset bernilai RM30 juta.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, corak pentadbiran kerajaan negeri menimbulkan rasa curiga dan ditambah langkah tersebut dilihat merugikan rakyat negeri itu.

“Ini cara politik kerajaan negeri yang cuba menangguk di air keruh, apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kata tangguh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Unisel dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), baru-baru ini.

“Sebagai reaksi, mereka kata akan cairkan aset bernilai RM30 juta untuk tampung pendidikan pelajar, tapi kita mahu mereka jawab adakah mereka betul-betul mahu tampung pendidikan atau untuk tampung kos kerugian yang ditanggung Unisel,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak layak melabelkan diri sebagai juara dalam membela pendidikan rakyat negeri itu disebabkan beberapa isu yang telah berlaku sebelum ini.

“Mereka sanggup runtuhkan asrama Yayasan Selangor demi kepentingan untuk jual tanah Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan kini nasib pelajarnya seolah-olah tiada pembelaan.

“Tindakan mereka itu seperti menafikan hak dan peluang pendidikan yang selama ini diperjuangkan Yayasan Selangor terutama untuk anak-anak luar bandar, mereka juga berdosa dengan rakyat Selangor kerana menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri itu,” katanya.

Abdul Khalid pada Februari lalu berkata, kerajaan negeri bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Unisel.

Katanya, institusi milik kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di negeri itu.

Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus di laman blog dan twiter yang menggesa pemecatan Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Hussin, Noh berkata, kerajaan negeri Selangor tidak akan memecat kroni.

“Berdasarkan keadaan sebelum ini , Kerajaan Selangor tidak akan pecat kroni dia, kita boleh desak sahaja untuk pecat siapapun termasuk setiausaha politik Menteri Besar. Mereka juga tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap kesalahan dilakukan kroni mereka,” katanya.

Ibadah Haji Boleh Tangguh, Bersih 3.0 Wajib Hadir. PAS PAS !!

rmf7: PAS tergigit Lidah Dgn Kenyataan Tuan Ibrahim

PAS sekali lagi cuba menutup kesalahannya sebagaimana selalu bila dah terlajak ” Pandangan Peribadi” – Begitu juga  isu negara Islam yang dikemukakan oleh Nizar Jamaluddin dulu, walaupun kenyataan dibuat didalam Dewan , bagi PAS tiada rasminta.. hanya Peribadi..

 Didalam kenyataan Tuan Ibrahim yang berkaitan Pilihanraya telah di putar belitkan agar ianya tidak melibatkan PAS wahal ianya berkaitan gerak kerja dan strategi PRU.. Ini pun diorang nak putar lagi.

TUAN Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang.  Dia adalah Ketua Penerangan PAS, pendek kata kalau PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya.  Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang.  Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan bila diperlukan.

Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji, sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.

Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu?  Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan, hal yang dia bercakap itu pun hal parti, melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Yang kita nampak, pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti, macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS, bukan amal ibadat kepada Allah swt.

Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya.  Kalau siar guna Harakah, selain backfire kepada diri mereka semula, respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja, bukan khalayak yang lebih ramai.  Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.

Apa yang penulis nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS, cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan, maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim.  Seperti biasa, Tuan Ibrahim akan senyap seketika, orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad), dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS, maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya?  Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama, dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku, politik suku (Amanat Hadi Awang).

Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat, terutama orang Islam di Malaysia ini.  Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran, berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh, maklum, pembohongan yang disebut berulang-ulang, akhirnya akan nampak macam betul.

Tuesday, June 12, 2012

Ustaz Azhar Idrus Perli PAS. Nik Aziz : "Reti Bahasa Ke Tak"?

Klik gambar untuk tonton


Muka-Muka Tengah Berahi

Perjuangan Nabi Muhammad SAW Sama Dengan Perjuangan Komunis ?


Sekali lagi Pisau ingatkan khawarij PAS sanggup menghalalkan perjuangan komunis hingga menyamakan Nabi Muhammad dengan perjuangan komunis di Tanah Melayu.

Bab nak menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai kita serah kat khawarij PAS, Dek kerana nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presiden khawarij juga sanggup menghalalkan perjuangan komunis dengan samakan Nabi sebagai pengkhianat bangsa.

"Nabi pun dianggap pengkhianat"

Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.

“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.

Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.

“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.

Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.- Harakah

 
Apa kena mengena rasullulah berperang dengan kafir dengan perjuangan komunis? Adakah komunis memperjuangkan agama Islam? Adakah komunis mempertahankan bangsa dan tanahair?

Adakah komunis berperang menentang melayu kafir jahilliah? Inilah taraf presiden khawarij, kita dah nampak bagaimana timbalan khawarij bermulut longkang berotakkan kepala lutut. Sekarang presidennya pula lebih komunis daripada komunis pula.

Murtad pun dah halal, sekarang komunis pun dah jadi perjuangan fisabillilah....


PISAU.NET


Demokrasi Ada Batasannya – Dr Mahathir

Perak Today

Demokrasi hanya boleh dilaksanakan apabila rakyat mengetahui tentang batasannya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan.

“Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan,” kata Dr Mahathir yang menyampaikan ucapannya pada majlis konvokesyen khas di Universiti Santo Toma di Manila, Ahad.

Dr Mahathir berkata, beliau hanya merujuk tentang apa yang diperhatikan di Malaysia dan negara-negara lain terutama bagi demokrasi yang baru, di mana katanya, ia sedaya-upaya untuk mengamalkan demokrasi yang hanya menerima keputusan negatif.

“Salah satu daripada negara-negara berkenaan tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi,” kata beliau.

“Kerajaan belum dipilih dan mereka mengadakan demonstrasi dan bantahan umum yang menuduh kerajaan tidak betul. Kerajaan perlu menangani kekacauan ini.

Gangguan ini juga merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan kerajaan baru berundur, di mana Dr Mahathir berkata, ia menyebabkan pilihan raya yang baru akan diadakan, yang hanya memberikan keputusan yang sama.

“Kenapa demokrasi tidak memberikan kehidupan yang baik seperti yang dijangkakan,” soal Dr Mahathir.

“Adalah jelas bahawa mustahil bagi rakyat untuk mengawal diri mereka. (Dan) mereka terlalu ramai dan tidak bersetuju tentang semuanya. Kerajaan di kalangan rakyat, diuruskan oleh rakyat dan akhirnya akan menjadi buntu, yang tiada kerajaan, dalam anarkinya.”

“Jadi apa yang kita lakukan?” soal Dr Mahathir. “Adakah kita menerima kegagalan demokrasi, atau adakah kita akan melakukan perubahan dan mengorbankan beberapa liberalisme dalam demokrasi supaya kita dapat menghasilkan sesuatu daripada sistem itu?”

“Saya akui bahawa Malaysia bukan demokrasi yang liberal,” kata beliau.

“Kita melihat dasar demokrasi sebagai ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat.”

Dr Mahathir berkata, di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri.

Secara jelasnya, beliau berkata, jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.Demokrasi hanya boleh dilaksanakan apabila rakyat mengetahui tentang batasannya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan.

“Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan,” kata Dr Mahathir yang menyampaikan ucapannya pada majlis konvokesyen khas di Universiti Santo Toma di Manila, Ahad.

Dr Mahathir berkata, beliau hanya merujuk tentang apa yang diperhatikan di Malaysia dan negara-negara lain terutama bagi demokrasi yang baru, di mana katanya, ia sedaya-upaya untuk mengamalkan demokrasi yang hanya menerima keputusan negatif.

“Salah satu daripada negara-negara berkenaan tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi,” kata beliau.

“Kerajaan belum dipilih dan mereka mengadakan demonstrasi dan bantahan umum yang menuduh kerajaan tidak betul. Kerajaan perlu menangani kekacauan ini.

Gangguan ini juga merupakan sesuatu yang serius kerana boleh menyebabkan kerajaan baru berundur, di mana Dr Mahathir berkata, ia menyebabkan pilihan raya yang baru akan diadakan, yang hanya memberikan keputusan yang sama.

“Kenapa demokrasi tidak memberikan kehidupan yang baik seperti yang dijangkakan,” soal Dr Mahathir.

“Adalah jelas bahawa mustahil bagi rakyat untuk mengawal diri mereka. (Dan) mereka terlalu ramai dan tidak bersetuju tentang semuanya. Kerajaan di kalangan rakyat, diuruskan oleh rakyat dan akhirnya akan menjadi buntu, yang tiada kerajaan, dalam anarkinya.”

“Jadi apa yang kita lakukan?” soal Dr Mahathir. “Adakah kita menerima kegagalan demokrasi, atau adakah kita akan melakukan perubahan dan mengorbankan beberapa liberalisme dalam demokrasi supaya kita dapat menghasilkan sesuatu daripada sistem itu?”

“Saya akui bahawa Malaysia bukan demokrasi yang liberal,” kata beliau.

“Kita melihat dasar demokrasi sebagai ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan diturunkan atau dilantik semula menurut pilihan rakyat.”

Dr Mahathir berkata, di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri.

Secara jelasnya, beliau berkata, jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Monday, June 11, 2012

Nik Aziz Minta Bantuan Ulama Syiah Untuk Menang PRU!



 
 

Menurut pengirim, Nik Aziz meminta bantuan dan sokongan penganut syiah di Malaysia untuk mengundi PAS. Tempat pertemuan Nik Aziz dan Ulama Syiah bertempat di Rumah Kelantan. 


Seperti yang kita tahu, ajaran syiah telah lama bertapak dalam PAS. Mungkin pertemuan kali ini, Nik Aziz meminta sokongan penganut syiah yang bukan ahli dan penyokong PAS.

 

Kita tunggu penjelasan rasmi dari PAS selepas ini.

*Kalau benar Nik Aziz jumpa dengan ulama syiah, kenapa berita ini tak keluar dalam Harakah? Adakah ini adalah strategi sulit PAS dalam menghadapi PRU 13? Jika benar, amat jelas PAS semakin terdesak sampai dengan syiah pun PAS sanggup gadaikan perjuangan mereka."


Anwar Ibrahim Menyeleweng RM3 Billion ?

Anwar Terkencing!! 11 Laporan Polis Dibuat Isu Penyelewengan

Pelandok mungkin akan lupakan jerat akan tetapi Jerat mana mungkin akan lupakan pelanduk, begitu la yang terjadi pada Anwar Ibrahim yang telah terlupa kerja kotornya untuk menjahanamkan negara. kini dia terperangkap dengan kata kata nya sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan parasit Yahudi ini di bicarakan atas penyelewengan yang tidak pernah dibuka atau didakwa sebelum ini.

Kita mahu  kertas siasatan terhadap Anwar dibuka semula bagi meneliti satu lagi salah guna kuasa yang tidak pernah dibuat pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim. Satu suruhanjaya siasatan mesti dibuat oleh kerajaan untuk membuktikan semua kebenaran.

Cabaran yang telah dibuat oleh pihak pembangkang didalam Isu penyelewengan  wang rakyat yang telah dilakukan oleeh Anwar ibrahim kini telah sampai keperingkat  menyahut cabaran. Cabaran tersebut telah diterima dengan baik  oleh Seluruh Ketua Kampung Parlimen Parit serta JKKK untuk mendesak agar satu badan siasatan ditubuhkan untuk menyiasat  isu tersebut.

Sebanyak 11 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Seri Iskandar dimana dihadiri hampir 80-100 orang. Desakan agar dibuat supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengambil satu tindakan untuk menyisat perkara tersebut agar ianya tidak disembunyikan lagi oleh Anwar untuk menutup kesalahan yang telah dilakukannya.

Kehadiran jurugambar daripada RTM1 , Perak Aman Jaya, dan beberapa  orang yang lain trermasuk Blogger ke IPD Seri Iskandar menunjukkan bahawa  kebenaran seharusnya di buktikan dengan desakan yang  telah dibuat oleh pihak akar umbi untuk membunag terus pengkhianta yang telah lama bermaharaja lela di negara ini.

Isu ini berikutan pendedahan Dato Murad mengenai penyelewengan yang telah berlaku dan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebanyak RM3 Billion semasa beliau menjadi menteri Kewangan.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.

Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.

Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.

Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic di sini hari ini. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ”kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.”

”Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.

”Modus Operandi Anwar ialah pecah dan perintah dan operator setiap akaun induk tidak menyedari kewujudan akaun induk lain. Saya yakin kerajaan tahu siapa kroni-kroni itu,” katanya dalam kenyataan bersumpah tersebut.

”Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih RM120 juta telah dibayar kepada Anwar, kroni-kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya.

”Sebagai contoh, adalah dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Anwar, dana-dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya (Anwar), individu-individu dan organisasi yang dikaitkan dan terlibat dengannya antara 1992 dan 1997,” kata Abdul Murad.

Menurut beliau, secara peribadi beliau mengetahui bahawa bayaran-bayaran dibuat daripada Akuan Induk kepada pihak-pihak berikut:

(1) Anwar Ibrahim sendiri RM50 juta
(2) Tan Sri Abdullah Ahmad RM 5 juta
(3) Datuk Nasaruddin Jalil RM10 juta
(4) Asia Pacific Policy Centre RM38 juta dan Douglas H. Paal (US$10 juta)
(5) Institut Kajian Dasar (IKD) RM5 juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar RM5 juta
(7) ABIM RM5 juta
(8) International Institute of Islamic Thought (IIIT) RM2 juta
(9) Sebuah Yayasan Islam di UK RM1 juta

Abdul Murad pada 16 September lalu didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mendedahkan maklumat sebenar saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. (BHSB) dan 51 hartanya.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara beberapa bulan selepas Anwar disingkirkan daripada kerajaan pada September 1998. Ketika didakwa pada 16 September lalu, beliau ialah Pengarah Eksekutif RHB Bank.

”Sebagai seorang eksekutif tertinggi di BNM, saya sering berhubungan dengan Anwar yang sukakan saya dan ekoran itu mengamanahkan saya untuk melaksanakan arahan-arahannya, yang baru kini saya percayai digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya,” kata Abdul Murad.

Menurutnya, bagi meneruskan rancangan politik, Anwar mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat tertentu untuk keuntungan kawan-kawan dan kroninya.

”Hutang-hutang kawan-kawannya dilangsaikan/diselesaikan melalui keuntungan daripada urus niaga menggunakan pengaruh BNM.

”Antara eksesais korporat yang paling signifikan ialah pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Independent Power Project (IPP) di Lumut, Perak,” kata beliau.

Konsesi itu dijual kepada MRCB atas arahan Anwar. MRCB kemudian menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB.

Kata Abdul Murad: ”Saya percaya keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini jatuh ke salah satu tabung politik Anwar.”

Beliau juga mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: ”Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”

Abdul Murad juga mendedahkan beberapa urus niaga lain yang melibatkan arahan Anwar, antaranya mengatur pinjaman-pinjaman bank untuk kawan-kawan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Individu-individu yang terlibat ialah:

* Menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebanyak RM10 juta dengan Bank Bumiputra. Beliau membantu merundingkan jumlah penyelesaian sebanyak RM7 juta.

Sejumlah RM5 juta diambil daripada Akuan Induk untuk membayar hutang itu. Bakinya RM2 juta diperoleh daripada Abdullah yang mendapat wang daripada penjualan tanahnya.

* Anwar mengarahkan beliau membantu menyelesaikan hutang Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta.

Abdul Murad menyerahkan permohonan itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan sebidang tanah di Jalan Tun Razak, yang sekarang merupakan Kompleks Marinara yang telah siap.

Dalam kes itu beliau berkata, panel TPU meluluskan permohonannya. Marina Yusof benar-benar terhutang budi kepada Anwar.

* Sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih RM10 juta yang diperoleh melalui cagaran tanah pihak ketiga.

Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan seorang bernama Ahmad Kamal yang dididik oleh Anwar untuk menjadi bakal ahli perniagaan bumiputera dan ahli politik.

* Anwar mengarahkan Abdul Murad membantu kumpulan bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan New Straits Times daripada Renong.

”Saya mendapatkan Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya kumpulan Datuk Nazri menggunakan MRCB sebagai saluran untuk mengambil alih saham New Straits Times.

”Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri bagi membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.”

* Beliau juga telah diarahkan oleh Anwar untuk membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapan Anwar yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

”Pada masa itu KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang.

”Saya menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank,” katanya.

Kenyataan bersumpah Abdul Murad menyifatkan Faiz ”seorang penulis hantu yang bijak dan operator politik untuk Anwar. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Khas polis.”


LIMA Golongan Manusia Dalam PAS

Belantan

Golongan yang pertama adalah mereka yang menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini menyakini menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.

Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.

Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas.

Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.

Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.

Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.

Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit.

Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.

Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.

Golongan kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.

Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.

Golongan ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru.

Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.

Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama.

Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh mamaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukakan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada masyarakat,

Golongan kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.

Fikir-fikirkanlah...Wallahuallam...!!!

Sunday, June 10, 2012

Saturday, June 09, 2012

Seorang HAKIM bernama Marzuki ...

Paneh Miang


Sangat mengharukan apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.

Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata sambil memandang nenek itu, "Maafkan saya, bu! Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang. Undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar, maka anda harus masuk penjara 2 setengah tahun, seperti tuntutan undang-undang."

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil dan memasukkan wang Rp1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah, "Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya. Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh."

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapat sumbangan wang sebanyak Rp3.5 juta dan sebahagiannya diberi kepada mahkamah untuk membayar dendanya. Setelah itu, nenek tersebut pulang dengan wajah gembira dan terharu disebabkan masih punya baki wang, termasuklah wang Rp50 ribu yang turut dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Ketahui Siapa Penaja SUARAM

Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?

AIDCNews – 08/06/12 – Pendedahan laman NED (National Endownment for Democracy),ned.org/where-we-work/asia/malaysia yang menunjukkan yayasan yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) menyalurkan dana kepada empat NGO di Malaysia mula mendapat perhatian para blogger.
Empat NGO yang disalurkan dana NED untuk beroperasi di Malaysia itu adalah IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM).
IRI diketuai Lorne Craner, NDI; Madeline Albright, Malaysiakini; Steven Gan/Pramesh Chandra dan SUARAM; Cynthia Gabriel yang kesemuanya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.
“Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional, ” ujar blogger mymassa, yang turut dipersetujui blog unitmediasibersemuthitam80tunfaisalTaiping Mali dan lain-lain.
Menurut laman thechoice, SUARAM itu adalah NGO missionari terhadap PKR yang berketuakan Anwar sepertimana Ketua Umum PKR itu mengawal S Ambiga untuk menggerakkan BERSIH.
Laman itu menyenaraikan inner circe SUARAM yang berkaitan dengan PKR; Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya yang dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor. Tian Chua, Ahli PKR Parlimen Batu, Naib Presiden PKR. Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Elizabeth Wong, exco kerajaan PKR Selangor. Sivarasa Rasiah, ahli Parlimen PKR Subang. Dr Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR.
Menurut laman itu lagi, terdapat beberapa tokoh lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR. Dr Kua Kia Soong, bekas ahli Parlimen DAP. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasim Hashim Presiden PSM dan Premesh Chandran, malaysiakini.com.
Kesemua tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim.
AIDCNews 6 Jun mendedahkan satu fail sulit ditemui di pejabat PKR mendedahkan lebih lanjut latar belakang Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif SUARAM yang jarang diketahui umum.
Cynthia Gabriel adalah seorang pemerhati antarabangsa yang mewakili NDI dalam pemilihan demokrasi pertama selepas kejatuhan Presiden Indonesia, Suharto,” lapor satu kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” dari pejabat PKR.
NDI adalah salah satu cabang NED. Selain NDI, cabang-cabang NED yang lain adalah IRI, ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).
NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein adalah topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.
NED yang diasas sejak tahun 1983 diketuai oleh salah seorang kenalan zionis Anwar yang bernama Carl Gershman. Bacaan lanjut, sila klik di sinisini, dan sini
Cynthia Gabriel pernah dipilih sebagai salah seorang ahli dalam International Federation for Human Rights (FIDH), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik menjadi Setiausaha Umum untuk NGO itu di kawasan Asia“.
Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam laporannya bertajuk “BOMBSHELL: US Caught Meddling in Russian Elections!“, FIDH adalah salah satu daripada 9 instrumen yang sedang giat beroperasi menukar ‘regime change’ di seluruh dunia.
Selain FIDH, instrumen lain yang disenarai hitam oleh penyelidik Barat itu adalah NED, IRI, NDI, Freedom House, OSI (Open Society Institute), Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International).
Secara ringkasnya operasi menakluk dunia didalangi oleh dua badan, iaitu NED yang menaja IRI, NDI, Freedom House, FIDH dan Reporters Without Borders (US Chapter).
Manakala satu lagi badan adalah OSI milik penyangak matawang Yahudi, george Soros yang menaja HRW dan AI. Bacaan lanjut sila klik di sinisini dan sini, dan sini.
Cynthia Gabriel juga pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments) yang berpangkalan di Bangkok“.
Anwar Ibrahim juga sering dijemput ke Bangkok. Pengkalan Malaysiakini juga di Bangkok. Malah wartawan Malaysiakini yang bernama Susan Loone adalah staff Cynthia Gabriel di Forum-Asia.

Pernah video terbitan anwaribrahimdotcom bertajuk “Soalan untuk Anwar (3)”, ditanya oleh salah seorang pelawat dengan soalan “kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?”
Foto yang dimaksudkan pelawat itu adalah foto Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia), Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia). Dalam foto itu Siew Hwa dan Tad sedang pegang gelas arak.
Mereka berempat turut hadir sebagai penganjur dan peserta ketika Anwar Ibrahim dijemput berceramah The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand pada 6 Februari 2007.
Untuk mengetahui lanjut apa yang tersirat di sebalik insiden pegang gelas arak itu sila baca di sini dan sejauh manakah kejayaan operasi CIA/NED mengangkat semula Anwar menjadi PM selepas Pilihanraya ke-13,  sila baca di sini

Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU