Saturday, June 09, 2012

Ketahui Siapa Penaja SUARAM

Operasi Regim Change : NED/CIA Salur Dana SUARAM Tabal Anwar Jadi PM?

AIDCNews – 08/06/12 – Pendedahan laman NED (National Endownment for Democracy),ned.org/where-we-work/asia/malaysia yang menunjukkan yayasan yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) menyalurkan dana kepada empat NGO di Malaysia mula mendapat perhatian para blogger.
Empat NGO yang disalurkan dana NED untuk beroperasi di Malaysia itu adalah IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), Mkini Dotcom Sdn Bhd (portal Malaysiakini) dan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SUARAM).
IRI diketuai Lorne Craner, NDI; Madeline Albright, Malaysiakini; Steven Gan/Pramesh Chandra dan SUARAM; Cynthia Gabriel yang kesemuanya mempunyai kaitan rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalang di belakang SUARAM bukan sebarangan pihak, tetapi pihak yang telah berjaya menjatuhkan Kerajaan-kerajaan di dunia yang tidak selari dengan Amerika Syarikat.
“Untuk isu kapal selam, SUARAM telah menerima dana sebanyak USD90,000 bersamaan dari RM286,332.99 untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional, ” ujar blogger mymassa, yang turut dipersetujui blog unitmediasibersemuthitam80tunfaisalTaiping Mali dan lain-lain.
Menurut laman thechoice, SUARAM itu adalah NGO missionari terhadap PKR yang berketuakan Anwar sepertimana Ketua Umum PKR itu mengawal S Ambiga untuk menggerakkan BERSIH.
Laman itu menyenaraikan inner circe SUARAM yang berkaitan dengan PKR; Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya yang dilantik oleh kerajaan PKR negeri Selangor. Tian Chua, Ahli PKR Parlimen Batu, Naib Presiden PKR. Irene Fernandez, Ahli Majlis Tertinggi PKR. Elizabeth Wong, exco kerajaan PKR Selangor. Sivarasa Rasiah, ahli Parlimen PKR Subang. Dr Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden PKR.
Menurut laman itu lagi, terdapat beberapa tokoh lagi yang mempunyai hubungan rapat dengan PKR. Dr Kua Kia Soong, bekas ahli Parlimen DAP. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasim Hashim Presiden PSM dan Premesh Chandran, malaysiakini.com.
Kesemua tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas adalah kroni-kroni Anwar Ibrahim.
AIDCNews 6 Jun mendedahkan satu fail sulit ditemui di pejabat PKR mendedahkan lebih lanjut latar belakang Cynthia Gabriel, Pengarah Eksekutif SUARAM yang jarang diketahui umum.
Cynthia Gabriel adalah seorang pemerhati antarabangsa yang mewakili NDI dalam pemilihan demokrasi pertama selepas kejatuhan Presiden Indonesia, Suharto,” lapor satu kertas kerja bertajuk “The Institute For Democracy And Reform (INDEFOR)” dari pejabat PKR.
NDI adalah salah satu cabang NED. Selain NDI, cabang-cabang NED yang lain adalah IRI, ACILS (the American Center for International Labor Solidarity) dan CIPE (the Center for International Private Enterprise).
NED menurut penggubal undang-undangnya, Allen Weinstein adalah topeng CIA beroperasi ‘menawan’ dunia yang berselindung di sebalik bantuan dana untuk projek ‘demokrasi’.
NED yang diasas sejak tahun 1983 diketuai oleh salah seorang kenalan zionis Anwar yang bernama Carl Gershman. Bacaan lanjut, sila klik di sinisini, dan sini
Cynthia Gabriel pernah dipilih sebagai salah seorang ahli dalam International Federation for Human Rights (FIDH), sebuah NGO hak asasi yang berpangkalan di Paris dan dilantik menjadi Setiausaha Umum untuk NGO itu di kawasan Asia“.
Menurut Tony Cartalucci, wartawan penyiasatan dari Land Destroyer Report dalam laporannya bertajuk “BOMBSHELL: US Caught Meddling in Russian Elections!“, FIDH adalah salah satu daripada 9 instrumen yang sedang giat beroperasi menukar ‘regime change’ di seluruh dunia.
Selain FIDH, instrumen lain yang disenarai hitam oleh penyelidik Barat itu adalah NED, IRI, NDI, Freedom House, OSI (Open Society Institute), Reporters Without Borders (US Chapter), HRW (Human Right Watch), AI (Amnesty International).
Secara ringkasnya operasi menakluk dunia didalangi oleh dua badan, iaitu NED yang menaja IRI, NDI, Freedom House, FIDH dan Reporters Without Borders (US Chapter).
Manakala satu lagi badan adalah OSI milik penyangak matawang Yahudi, george Soros yang menaja HRW dan AI. Bacaan lanjut sila klik di sinisini dan sini, dan sini.
Cynthia Gabriel juga pengasas FORUM ASIA (Asia Forum for Human Rights and Developments) yang berpangkalan di Bangkok“.
Anwar Ibrahim juga sering dijemput ke Bangkok. Pengkalan Malaysiakini juga di Bangkok. Malah wartawan Malaysiakini yang bernama Susan Loone adalah staff Cynthia Gabriel di Forum-Asia.

Pernah video terbitan anwaribrahimdotcom bertajuk “Soalan untuk Anwar (3)”, ditanya oleh salah seorang pelawat dengan soalan “kenapa dalam minit ke 1.52, foto peminum arak diselitkan. Apakah kaitannya dengan Anwar ?”
Foto yang dimaksudkan pelawat itu adalah foto Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia), Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia). Dalam foto itu Siew Hwa dan Tad sedang pegang gelas arak.
Mereka berempat turut hadir sebagai penganjur dan peserta ketika Anwar Ibrahim dijemput berceramah The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand pada 6 Februari 2007.
Untuk mengetahui lanjut apa yang tersirat di sebalik insiden pegang gelas arak itu sila baca di sini dan sejauh manakah kejayaan operasi CIA/NED mengangkat semula Anwar menjadi PM selepas Pilihanraya ke-13,  sila baca di sini

Peserta turut hadir dalam program ceramah Anwar di The Foreign Correspondents Club of Thailand (FCCT) Thailand adalah beberapa aktivis NGO Malaysia iaitu dari kiri Lee Siew Hwa (Committee for Asian Women), Tad (Forum-Asia), Cythia Gabriel (Caram-Asia) dan Roderick Chia (Forum-Asia).

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU