Friday, June 15, 2012

Kata Dua Nik Aziz - Mahu Haji Atau Mahu Gerenti Syurga ?

FATWA SESAT - UNDI PAS IALAH RUKUN ISLAM KE LIMA GANTI HAJI !

Ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima. Kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz turut bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Bernama melaporkan, Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan. 

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan Pas Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Aziz berkata, perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan Pas Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.

Subhanallah... apakah ini ujian Allah terhadap umat Islam dinegara ini, terlalu dangkal hujah Nik Aziz untuk menyuruh penyokong atau pengundi membatalkan hasrat mereka menunaikan Haji, sedangkan Haji yang mereka ingin tunaikan bukannya haji 'taja' sebaliknya dengan niat kerana Allah Taala.

Apakah Nik Aziz lupakan MATI bila mengatakan Haji itu boleh dilakukan bila-bila masa, Allahuakbar... Nik Aziz lebih mementingkan kuasanya daripada ibadah Haji, Nik Aziz seakan sudah tidak percaya dengan kuasa Allah Taala yang akan membantu perjuangan Islam sekiranya perjuangan itu benar-benar mengikut dasar Islam.

Perkara yang ada didalam RUKUN ISLAM pun boleh diketepikannya demi kegilaan kuasa, atau ada didalam rukun Islam bahawa WAJIB mengundi Pas lebih pada menunaikan Haji, mementingkan rukun Pas lebih pada rukun Islam lebih baik jadi orang Pas dari menjadi orang Islam.

Sebesar mana perjuangan Pas memberi makna kepada Islam sehingga sanggup mengetepikan rukun Islam yang ke 5 itu, kita boleh terima sekiranya perjuangan Pas itu benar-benar mengikut perjuangan Islam, ini perjuangan Pas pun tidak seberapa dan banyak pula bercanggah dengan perjuangan Islam yang sebenarnya.

Pas boleh berpolitik, tidak salah malah ia perlu, tetapi jika sudah memperjudikan Islam kerana kepentingan politik ini satu hal yang tidak betul dan SESAT, Khilaf memang ada didalam Islam, dan kita hormat perbezaan pendapat, tetapi ini adalah perbezaan pendapat yang jelas lebih mementingkan politik daripada rukun Islam yang sebenar.

Kalau Pas sudah laksanakan Hukum Hudud seumpamanya, dan semua pemimpin Pas itu Ulamak bertakwa seadanya, dan boleh jadi mudharat sekiranya penyokong Pas tidak mengundi kerana pergi menunaikan Haji yang boleh menyebabkan runtuhnya empayar Islam dan yang akan naik itu empayar dajjal ketika itu berbaloilah untuk membatalkan niat mereka menunaikan Haji dan boleh jadi lebih WAJIB untuk mereka mempertahankan kuasa Islam itu.

Ini tidak berlaku, kiranya jatuh kerajaan Pas bukan bermakna tumbangnya kerajaan Islam, kerana kerajaan yang akan naik itu lebih Islam daripada kerajaan Pas dan Islam tidak mudharat atau terancam dibawah kuasa itu. Maka apa perlunya untuk menyuruh mereka membatalkan niat menunaikan rukun Islam kelima itu.

Perkara ini perlu jelas dan jangan mudah terkeliru, ISLAM lebih penting dari Pas, tanpa Pas Islam tetap akan berkembang dan langsung tidak mendatangkan mudarat, jadi tidak ada sebab untuk umat Islam membatalkan niat suci mereka kejalan Allah semata-mata kerana Pas.

Inilah ujian Allah terhadap hamba-hambanya supaya kita lebih celik dalam menilai dan membuat keputusan, sangat tidak wajar kenyataan Nik Aziz supaya membatalkan niat untuk menunaikan Haji, dan bagi Gk umat Islam tidak fikir yang seorang perdana Menteri Islam akan mengadakan pilihanraya pada musim Haji yang boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tidak dapat mengundi sekaligus tidak berlaku adil kepada mereka yang berhak.

Hal ini mustahil untuk berlaku dibawah seorang Perdana Menteri Islam yang adil, sekiranya ia berlaku maka kuasa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya termasuk kuasa seorang Perdana Menteri yang tidak adil. 

Sebagai sebuah negara yang majoriti kemenangan sesebuah parti ditentukan oleh pengundi atas pagar, bukankah ketidakadilan itu akan akan dinilai untuk diputuskan oleh golongan mereka ini. Dengan itu Nik Aziz yang dikatakan Ulamak sepatutnya lebih kena yakin kepada kuasa Allah Taala daripada kuasa manusia.

Didalam meyakini kuasa Allah Taala benar ia perlu ada usaha dan usaha itu tidak bermakna usaha untuk tidak mengerjakan rukun Islam kelima bahkan banyak lagi usaha-usaha lain yang boleh dilakukan daripada menafikan Rukun Islam itu.Oleh yang demikian sedarlah dan kejutkanlah Nik Aziz itu dari terus menyesatkan. Anda Mampu Mengubahnya..

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU