Wednesday, June 13, 2012

Wajib Baca ! Luahan Hati Tun Dr Mahathir

Chedet : MY FEARS

(Terjemahan saya dibawah)

Lim Kit Siang is reported to have said that I am working hard to ensure the Opposition will not win because I am afraid when the Opposition Government is in place, it will act against all my “misdeeds” when I was Prime Minister.

2) No doubt he is inspired by what happened to Gadaffi and Mubarak. He would love to see me dragged to the courts and sentenced to death or to at least a life sentence. Maybe like Gadaffi I would be murdered.

3) He is right. I am afraid. I am afraid of the kind of abuse of power that has already been shown by one of Pakatan’s great leader who got a senior police officer to frighten Dr Ristina and Ummi Hafilda into withdrawing Ummi’s letter to me.

4) I am afraid of the fabrication of charges so as to put me behind bars. That I am innocent would be irrelevant. What is important is Kit Siang’s satisfaction at seeing me behind bars and more.

5) Other than this I am not afraid. I had always been careful not to abuse the power I had as PM because I was mindful of having to step down and lose power at some stage. If I had abused power my detractors would gleefully expose me and strive to put me behind bars.

6) In fact this has been tried.

7) Since retiring I have been questioned by the police and the AG’s office several times. I was also made to appear before a tribunal to be questioned by all and sundry, including representatives of the Bar Council.

8) So far nothing could be pinned on me.

9) The anti-corruption people can even now investigate whether I have ever received illegal gratifications, whether I have detained or thrown people into jail for personal reasons, whether I benefitted personally from any of the projects carried out during my time.

10) I have not taken anything that is not mine. In fact all gifts given to me, many very valuable, have been given to the Government including a score of expensive cars. They can be seen in Langkawi or at the old PM’s house in KL. I must admit that I ate some of the fruits given me to prevent them from going bad.

11) I had not allowed my children to do business with the Government or to be candidates in elections though they have been offered several times when I was PM and President of Umno. Only after I stepped down did I allow Mukhriz to contest.

12) Whatever money I now have is from savings during 29 years in the Government. My salaries were not big. But the Government took care of my housing, water and electricity, my travels. I don’t even spend much on food as I get invitations to functions like weddings etc.

13) I was therefore able to save my pay and allowances.

14) Except for Mirzan, my children did not get any scholarships. I believe Mirzan paid back what he owed MARA. He had the scholarship before I became a Minister, in fact when I was expelled from UMNO.

15) I have bought or been given no shares except for 200 Malayan Tobacco shares I bought long before I joined the Government. Other shares are the Unit Trusts issued by PNB and State Governments which I was obliged to buy. I own shares in MICO pharmacy in Alor Star which I set up when I was a private practitioner.

16) I am not interested in getting rich or living a life of luxury. What I have now is far more than I had hoped for when I was dreaming as a student. I am grateful to Allah for what I have and for sparing me to live this long.

17) I am ready to go when my time comes. I am conscious that all that I have will not accompany me to the grave.

18) But for as long as I can I will work hard to prevent evil people and crooks from destroying this country that I love.


(Terjemahan, sebaik mungkin yang termampu)

Apa Yang Saya Takutkan
  1. Lim Kit Siang telah dilapurkan berkata saya sedang berusaha keras untuk memastikan Pembangkang tidak boleh menang kerana saya takut apabila Kerajaan Pembangkang mengambil alih, ianya akan bertindak terhadap segala “perlakuan jahat“ semasa saya menjadi Perdana Menteri.

  2. Tidak dinafikan dia mendapat ilham dari apa yang terjadi kepada Gadaffi dan Mubarak. Dia terlalu ingin melihat saya diseret kemahkamah dan dihukum mati atau sekurang-kurangnya dipenjara seumur hidup. Mungkin seperti Gadaffi saya dibunuh.

  3. Dia betul. Saya takut. Saya takut kepada penyalahgunaan kuasa yang telah pun ditunjukkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi Pakatan yang mengarahkan seorang pegawai kanan polis menakutkan Dr Ristina dan Ummi Hafilda supaya menarik balik surat Ummi kepada saya.

  4. Saya takut akan pelbagai pertuduhan bagi membolehkan saya dipenjarakan. Yang saya tidak bersalah sudah tidak relevan. Apa yang penting ialah kepuasan Kit Siang melihat saya dipenjarakan dan lebih lagi.

  5. Selain dari ini saya tidak takut. Saya sentiasa berwaspada agar tidak menyalahgunakan kuasa yang ada pada saya sebagai PM kerana saya sentiasa beringat saya akan terpaksa mengundur diri dan hilang kuasa pada sesuatu tahap. Jika saya telah menyalahgunakan kuasa pengkritik-pengkritik saya akan teruja mendedahkan saya dan berusaha menghumban saya kedalam penjara.

  6. Sebenarnya ini telah pun dicuba.

  7. Semenjak bersara saya telah disoal oleh polis dan pejabat Peguam Negara beberapa kali. Saya juga dikehendakki menghadirkan diri kepada satu suruhanjaya untuk disoal oleh semua dan sesiapa, termasuk wakil-wakil Majlis Peguam.

  8. Setakat ini tiada apa pun yang disabitkan keatas saya.

  9. Orang-orang pencegah-rasuah sekarang ini boleh menyoal-siasat sama ada saya pernah menerima suapan haram, sama ada saya pernah menahan atau menghumban orang kedalam penjara atas sebab-sebab peribadi, sama ada saya memperoleh keuntungan peribadi daripada apa-apa projek yg dijalankan disepanjang tempoh saya.

  10. Saya tidak pernah mengambil apa yang bukan kepunyaan saya. Sebenarnya semua pemberian yang diberikan kepada saya, banyak yang sangat bernilai, telah diberikan kepada Kerajaan termasuk sejumlah kereta-kereta mewah. Ianya boleh dilihat di Langkawi atau dekat rumah lama PM di Kuala Lumpur. Saya kena mengakui yang saya telah memakan sebahagian dari buah-buahan yang diberikan kepada saya bagi mengelakkan ianya menjadi busuk.

  11. Saya tidak membenarkan anak-anak saya berurusniaga dengan Kerajaan atau menjadi calon pilihanraya walaupun mereka ditawarkan beberapa kali semasa saya menjadi PM dan Presiden UMNO. Hanya apabila saya telah berundur saya membenarkan Mukhriz bertanding.

  12. Wang apa pun yang saya ada sekarang adalah hasil simpanan selama 29 tahun dalam Kerajaan. Gaji saya tidak besar. Tetapi Kerajaan menguruskan rumah saya, air dan letrik, perjalanan saya. Saya tidak berbelanja banyak untuk makanan kerana saya menerima undangan-undangan kemajlis-majlis seperti perkahwinan dan sebagainya.

  13. Kerana itu saya dapat menyimpan gaji dan elaun saya.

  14. Kecuali Mirzan, anak-anak saya tidak mendapat apa-apa biasiswa. Saya percaya Mirzan telah membayar balik apa yang dia terhutang dengan MARA. Dia mendapat biasiswa tersebut sebelum saya menjadi Menteri, sebenarnya pun semasa saya dibuang dari UMNO.

  15. Saya tiada membeli atau diberi apa-apa saham melainkan 200 saham Malayan Tobacco yang saya beli lama sebelum saya menyertai Kerajaan. Lain-lain saham adalah Saham Amanah dikeluarkan oleh PNB dan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang saya beli secara sukarela. Saya memegang saham MICO pharmacy di Alor Star yang saya tubuhkan semasa saya seorang pengamal persendirian.

  16. Saya tidak berminat untuk mencari kekayaan atau hidup dalam kemewahan. Apa yang saya ada sekarang adalah lebih dari apa yang saya harapkan semasa saya berangan sebagai seorang pelajar. Saya bersyukur kepada Allah atas apa yang saya ada dan memanjangkan usia saya sehingga kini.

  17. Saya bersedia untuk pergi apabila tiba masanya nanti. Saya sedar segala apa yang saya milikki tidak akan menemani saya keliang kubur.

  18. Tetapi selagi saya mampu saya akan bekerja keras bagi menghalang pengkhianat dan petualang daripada merosakkan negara yang saya cintai.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU