Monday, June 11, 2012

Anwar Ibrahim Menyeleweng RM3 Billion ?

Anwar Terkencing!! 11 Laporan Polis Dibuat Isu Penyelewengan

Pelandok mungkin akan lupakan jerat akan tetapi Jerat mana mungkin akan lupakan pelanduk, begitu la yang terjadi pada Anwar Ibrahim yang telah terlupa kerja kotornya untuk menjahanamkan negara. kini dia terperangkap dengan kata kata nya sendiri. Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan parasit Yahudi ini di bicarakan atas penyelewengan yang tidak pernah dibuka atau didakwa sebelum ini.

Kita mahu  kertas siasatan terhadap Anwar dibuka semula bagi meneliti satu lagi salah guna kuasa yang tidak pernah dibuat pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim. Satu suruhanjaya siasatan mesti dibuat oleh kerajaan untuk membuktikan semua kebenaran.

Cabaran yang telah dibuat oleh pihak pembangkang didalam Isu penyelewengan  wang rakyat yang telah dilakukan oleeh Anwar ibrahim kini telah sampai keperingkat  menyahut cabaran. Cabaran tersebut telah diterima dengan baik  oleh Seluruh Ketua Kampung Parlimen Parit serta JKKK untuk mendesak agar satu badan siasatan ditubuhkan untuk menyiasat  isu tersebut.

Sebanyak 11 laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Seri Iskandar dimana dihadiri hampir 80-100 orang. Desakan agar dibuat supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia mengambil satu tindakan untuk menyisat perkara tersebut agar ianya tidak disembunyikan lagi oleh Anwar untuk menutup kesalahan yang telah dilakukannya.

Kehadiran jurugambar daripada RTM1 , Perak Aman Jaya, dan beberapa  orang yang lain trermasuk Blogger ke IPD Seri Iskandar menunjukkan bahawa  kebenaran seharusnya di buktikan dengan desakan yang  telah dibuat oleh pihak akar umbi untuk membunag terus pengkhianta yang telah lama bermaharaja lela di negara ini.

Isu ini berikutan pendedahan Dato Murad mengenai penyelewengan yang telah berlaku dan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebanyak RM3 Billion semasa beliau menjadi menteri Kewangan.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid, mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal sebanyak 20 Akaun Induk (Master Accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Abdul Murad dalam Akuan Berkanun yang diikrarkan di depan Pesuruhjaya Sumpah di sini pada 26 Oktober lalu mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk itu untuk memajukan cita-cita politiknya termasuk membayar hutang-hutang para penyokong.

Sebahagian daripada mereka yang mendapat bantuan Anwar sekarang merupakan aktivis parti pembangkang.

Beliau juga mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu memperalatkan pengaruh BNM untuk keuntungan perniagaan kawan-kawan, kroni dan elemen-elemen asing.

Menurut beliau, Anwar memberikan sekurang-kurangnya AS$10 juta (RM38 juta) kepada sebuah agensi kumpulan pemikir Amerika Syarikat yang berpusat di Washington untuk menaikkan imejnya di negara-negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan lain-lain negara Eropah.

Katanya, beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan AS$10 juta kepada agensi itu yang diketuai oleh seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Douglas H. Paal.

Abdul Murad, 46, membacakan Akuan Berkanun beliau itu pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel Grand Olimpic di sini hari ini. Dalam nada kesal beliau mengakui bahawa beliau juga ialah salah seorang kroni yang menguruskan akaun induk milik Anwar.

Bagaimanapun, beliau mendakwa terpaksa melaksanakan arahan-arahan Anwar seperti mengatur pinjaman-pinjaman bank dalam jumlah beratus-ratus juta ringgit untuk kroni-kroni lain walaupun ini bertentangan dengan undang-undang ”kerana sebagai Menteri Kewangan dia akan cincang saya jika arahan-arahan tersebut tidak dilaksanakan.”

”Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 20 akaun induk lain yang diwujudkan untuk Anwar oleh pelbagai kroninya. Saya percaya bahawa jumlah dana-dana dalam 20 akaun induk itu mencapai lebih daripada RM3 bilion.

”Modus Operandi Anwar ialah pecah dan perintah dan operator setiap akaun induk tidak menyedari kewujudan akaun induk lain. Saya yakin kerajaan tahu siapa kroni-kroni itu,” katanya dalam kenyataan bersumpah tersebut.

”Setakat yang saya tahu dan melalui penglibatan saya sendiri, lebih RM120 juta telah dibayar kepada Anwar, kroni-kroninya dan organisasi yang digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya.

”Sebagai contoh, adalah dalam pengetahuan saya bahawa atas arahan Anwar, dana-dana daripada Akaun Induk dibayar kepada dirinya (Anwar), individu-individu dan organisasi yang dikaitkan dan terlibat dengannya antara 1992 dan 1997,” kata Abdul Murad.

Menurut beliau, secara peribadi beliau mengetahui bahawa bayaran-bayaran dibuat daripada Akuan Induk kepada pihak-pihak berikut:

(1) Anwar Ibrahim sendiri RM50 juta
(2) Tan Sri Abdullah Ahmad RM 5 juta
(3) Datuk Nasaruddin Jalil RM10 juta
(4) Asia Pacific Policy Centre RM38 juta dan Douglas H. Paal (US$10 juta)
(5) Institut Kajian Dasar (IKD) RM5 juta
(6) Aliran & Dr. Chandra Muzaffar RM5 juta
(7) ABIM RM5 juta
(8) International Institute of Islamic Thought (IIIT) RM2 juta
(9) Sebuah Yayasan Islam di UK RM1 juta

Abdul Murad pada 16 September lalu didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mendedahkan maklumat sebenar saham-saham Ben Harta Sdn. Bhd. (BHSB) dan 51 hartanya.

Beliau meletakkan jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara beberapa bulan selepas Anwar disingkirkan daripada kerajaan pada September 1998. Ketika didakwa pada 16 September lalu, beliau ialah Pengarah Eksekutif RHB Bank.

”Sebagai seorang eksekutif tertinggi di BNM, saya sering berhubungan dengan Anwar yang sukakan saya dan ekoran itu mengamanahkan saya untuk melaksanakan arahan-arahannya, yang baru kini saya percayai digunakan untuk memajukan cita-cita politiknya,” kata Abdul Murad.

Menurutnya, bagi meneruskan rancangan politik, Anwar mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat tertentu untuk keuntungan kawan-kawan dan kroninya.

”Hutang-hutang kawan-kawannya dilangsaikan/diselesaikan melalui keuntungan daripada urus niaga menggunakan pengaruh BNM.

”Antara eksesais korporat yang paling signifikan ialah pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Independent Power Project (IPP) di Lumut, Perak,” kata beliau.

Konsesi itu dijual kepada MRCB atas arahan Anwar. MRCB kemudian menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad yang merupakan anak syarikat MRCB.

Kata Abdul Murad: ”Saya percaya keuntungan kira-kira RM50 juta daripada urus niaga ini jatuh ke salah satu tabung politik Anwar.”

Beliau juga mengaku memperkenalkan seorang lelaki Cina bernama Tong Kooi Ong juga terlibat dalam memberi bantuan kewangan kepada Anwar.

Tong ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama BSKL. Phileo Allied Bank berada di bawah kawalan Tong.

Anwar mengarahkan Tong supaya mengambil Shamsidar Taharin dan seorang lagi yang bernama Rahman bekerja dengan banknya.

Shamsidar ialah isteri kepada Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar.

Kata Abdul Murad: ”Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”

Abdul Murad juga mendedahkan beberapa urus niaga lain yang melibatkan arahan Anwar, antaranya mengatur pinjaman-pinjaman bank untuk kawan-kawan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Individu-individu yang terlibat ialah:

* Menyelesaikan hutang Tan Sri Abdullah Ahmad (Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) sebanyak RM10 juta dengan Bank Bumiputra. Beliau membantu merundingkan jumlah penyelesaian sebanyak RM7 juta.

Sejumlah RM5 juta diambil daripada Akuan Induk untuk membayar hutang itu. Bakinya RM2 juta diperoleh daripada Abdullah yang mendapat wang daripada penjualan tanahnya.

* Anwar mengarahkan beliau membantu menyelesaikan hutang Marina Yusof dengan bank-bank tempatan yang berjumlah lebih daripada RM20 juta.

Abdul Murad menyerahkan permohonan itu kepada Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) untuk bantuan membangunkan sebidang tanah di Jalan Tun Razak, yang sekarang merupakan Kompleks Marinara yang telah siap.

Dalam kes itu beliau berkata, panel TPU meluluskan permohonannya. Marina Yusof benar-benar terhutang budi kepada Anwar.

* Sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang, Mercury Securities berhutang dengan MUI Bank lebih RM10 juta yang diperoleh melalui cagaran tanah pihak ketiga.

Pemegang saham majoriti ialah Chew Seng Guan dan seorang bernama Ahmad Kamal yang dididik oleh Anwar untuk menjadi bakal ahli perniagaan bumiputera dan ahli politik.

* Anwar mengarahkan Abdul Murad membantu kumpulan bekas Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Nazri Abdullah untuk mengambil alih Kumpulan New Straits Times daripada Renong.

”Saya mendapatkan Kumpulan Hong Leong untuk menstrukturkan urus niaga itu. Saya bercakap dengan Seow Lun Hoo dan Quek Leng Chan dari Hong Leong. Mereka mencadangkan supaya kumpulan Datuk Nazri menggunakan MRCB sebagai saluran untuk mengambil alih saham New Straits Times.

”Saya kemudian bercakap dengan Maybank untuk mengatur pinjaman kepada Nazri bagi membeli MRCB dan satu lagi pinjaman untuk membeli NST.”

* Beliau juga telah diarahkan oleh Anwar untuk membantu Faiz Abdullah, seorang penulis teks ucapan Anwar yang juga salah seorang peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, untuk mendapatkan pinjaman bank berjumlah lebih RM400 juta untuk membeli Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB).

”Pada masa itu KUBB dimiliki oleh Idris Hydraulic Berhad. Skim itu melibatkan penggunaan Arus Murni Berhad yang sebelum itu dikenali sebagai Timuran Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di papan utama BSKL sebagai syarikat pemegang.

”Saya menemui bank-bank berikut untuk membantu mendapatkan pinjaman untuk membeli saham KUBB bernilai lebih RM400 juta: 1. Hong Leong Bank, 2. Hong Leong Finance, 3. Sime Bank, 4. RHB Bank, 5. Southern Bank, 6. BSN Commercial Bank,” katanya.

Kenyataan bersumpah Abdul Murad menyifatkan Faiz ”seorang penulis hantu yang bijak dan operator politik untuk Anwar. Beliau juga seorang peguam, bekas wartawan dan bekas pegawai Cawangan Khas polis.”


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU