Monday, June 11, 2012

LIMA Golongan Manusia Dalam PAS

Belantan

Golongan yang pertama adalah mereka yang menyakini Pas adalah sebuah gerakan Islam kesinambungan daripada perjuangan Rasulullah s.a.w. Golongan ini menyakini menjadi ahli Pas adalah fardu ain dan menjadi jalan ke syurga. Golongan ini berpegang dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: bahawa ummatnya akan berpecah kepada 73 golongan dan hanya satu golongan yang ke syurga. Golongan pertama di dalam Pas ini meyakini bahawa satu golongan itu adalah mereka yang menyertai Pas.

Golongan ini meyakini masuk Pas adalah tiket ke syurga, tidak sempurna iman sekiranya tidak menyertai Pas bahkan berdosa dan tidak diakui umat oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak menyertai Pas. Barangsiapa yang menyisihkan diri daripada jamaah Islam Pas maka ia akan terjeremus ke dalam neraka. Inilah fahaman golongan pertama ini.

Golongan ini terdiri daripada ulama Pondok, pelajar pondok, lepasan universiti yang tidak memahami realiti semasa dan tidak memahami hakikat politik negara. Golongan ini juga terdiri daripada muallaf Pas yang baru berjinak-jinak dengan usrah dan ceramah pemipin Pas.

Golongan inilah yang sanggup mengkafirkan golongan yang lain selain daripada ahli Pas, Mereka inilah yang akan melenting sekiranya pemimpin Pas ditegur seperti ditegur oleh Sheikh Kickdefilla. Bagi golongan ini, pemimpin Pas dikira manusia suci dan hampir-hampir bertaraf maksum dan tidak boleh dikritik.

Golongan inilah yang terpengaruh dengan dakwaan Pas mahu menubuhkan negara Islam walaupun Nik Aziz membuat pengakuan kepada DAP tidak akan buat Negara Islam, mahu melaksanakan hukum hudud, perjuangan UMNO adalah sekular dan perjuangan kebangsaan Ashabiah yang tidak diakui umat oleh Rasulullah. Walaupun pada zahirnya golongan sebegini tidak lagi membuat dakwaan secara terbuka bahawa UMNO adalah kafir tetapi pada hakikatnya mereka ini masih percaya bahawa menyertai UMNO boleh membawa kekufuran.

Golongan ini juga boleh jadi terdiri daripada ulama, pendakwah yang kononnya pendakwah bebas tetapi pada hakikatnya mereka ini tidak terdedah kepada hakikat sebenar apa yang ada di dalam Pas. Mereka tertipu dengan menyangka pemimpin Pas adalah benar-benar berakhlak dengan akhlak Islam dan ikhlas melaksanakan ajaran Islam.

Inilah sebenarnya golongan yang rugi di dalam Pas. Mereka mendapat dosa percuma(dosa kering) kerana mengkafirkan orang UMNO bahkan kerugian kerana tidak mendapat apa-apa habuan dunia seperti mana pemimpin Pas lain yang mendapat nikmat berumah besar, berkereta besar hasil jualan balak menerusi kroni dan komisyen dalam projek-projek yang dilaksanakan juga melalui derma-derma jihad yang diselewengkan kerana tidak pernah diaudit.

Bahkan pemimpin Pas dapat menambah bini yang muda-muda, selepas dihisap madunya lalu dicerai begitu sahaja tanpa memberi nafqah dan sebagainya dan digantikan pula dengan bini baru.

Sebahagian daripada golongan muallaf Pas ini telah meninggalkan Pas apabila mereka mendapat hidayah dan berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin utama Pas tidak sama dengan apa yang disyarahkan. Golongan pertama ini bertaraf tukang karut atau tukang sabung ayam sahaja di dalam Pas. Mencari sesuap nasi dengan mengeluarkan pelbagai fatwa dan hukum bersandarkan laporan di dalam kitab suci mereka iaitu Harakah.

Golongan kedua pula ialah meraka yang mencari makan di dalam Pas. Pas adalah satu komoditi dan industri bagi mereka. Pas adalah flatform untuk mencari rezeki. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada ulama yang menggunakan ilmu untuk mencari sesuap nasi. Begitu juga dengan golongan profesional yang mahu menjadi tempat tumpuan lantaran ilmu yang ada. Golongan ini juga terdiri daripada golongan peniaga yang mencari makan dengan Pas dan kerajaan Pas. Mereka tidak peduli dengan apa yang berlaku selain merebut peluang untuk menambahkan harta.

Golongan kedua ini berselindung di sebalik kewarakan golongan pertama. Mereka memperalatkan ulama yang bodoh politik tetapi hanya bijak berfatwa. Golongan ini menyalurkan maklumat yang salah kepada golongan pertama sehingga golongan pertama berani memfatwakan sesuatu isu di kedai-kedai kopi. Inilah golongan bertaraf tok dalang wayang kulit. Golongan ini menjadi perancang dan pengurus bagi golongan pertama yang akan menjadi pelaksana.

Golongan ketiga ialah mereka yang merasa sudah banyak melakukan dosa dan bagi mereka menyertai Pas adalah satu cara menyucikan dosa. Ada salah seorang bekas pegawai kanan kerajaan apabila ditanya kenapa menyertai Pas selepas bersara mereka menjawab “mahu buat bekal mati”. Golongan yang sesat seperti ini merasakan dosa mereka terampun apabila bersama orang yang bergelar tuan guru.

Mereka merasa akan terampun segala dosa jika menderma kepada parti Pas, konon-kononnya derma Jihad. Golongan desperate kerana dosa ini tersalah langkah. Kecetekan ilmu agama membuatkan mereka menjadi alat golongan kedua dalam menyalurkan dana untuk diagihkan kepada golongan kedua dan sedikit kepada golongan pertama yang bertindak sebagai tukang karut.

Golongan yang keempat pula adalah golongan yang mendapat kepuasan sekiranya dapat memaki hamun dan mencari kesalahan orang lain. Golongan ini adalah kaki kritik UMNO yang merasakan apa sahaja yang dibuat oleh UMNO tidak betul dan menyalahi ajaran agama.

Golongan ini boleh kembung perut atau kena demam kura sekiranya tidak boleh mamaki UMNO di dalam ceramah-ceramah mereka. Sebagai contoh; apa sahaja yang dilakukakan oleh kerajaan pimpinan Umno seperti Felda, Islam Hadhari, Putrajaya dan sebagainya dianggap membazir tetapi terbukti pada akhirnya membawa rahmat kepada masyarakat,

Golongan kelima pula ialah golongan yang memang bodoh, tidak mahu berfikir, tidak boleh berfikir hanya apa yang ada pada mereka ialah fahaman masuk Pas ertinya masuk syurga.

Fikir-fikirkanlah...Wallahuallam...!!!

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU