Kalau dahulu, sebut tentang 13 Mei, maka pasti ramai yang akan cuba menutup mulut kita agar kita tidak menyentuh langsung tentang tragedi berdarah itu. Malah dalam buku-buku sejarah yang diajarkan di sekolah-sekolah juga, perkara 13 Mei 1969 hanya disentuh seimbas lalu. Berbanding serangan berdarah Komunis ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong, 13 Mei yang memakan korban lebih ramai di kalangan orang awam, tidak begitu dipandang dan diendahkan.
Semuanya atas nama harmoni dan tolak ansur atau lebih tepat lagi MUHIBBAH!
Namun walaupun Kerajaan Perikatan kemudiannya menjadi Barisan Nasional cuba melenyapkan sejarah tersebut, pihak yang bertanggungjawab langsung tidak pernah serik dan terhutang budi. Sebaliknya mereka berusaha mewujudkan kembali sejarah tersebut dalam bentuk dan gaya baru. Kali ini dengan bantuan orang Melayu sendiri, yang kemaruk dengan kuasa, yang kemaruk dengan jawatan.
Setelah berhempas pulas, bermandi peluh dan darah, orang Melayu-Bumiputera akhirnya berjaya memerdekakan negara ini. Kaum imigran yang kesetiaan mereka kepada negara ini amat dicurigai, bahkan diragui pada awalnya oleh banyak pihak yang mereka akan sanggup bertindak sebagaimana Melayu-Bumiputera berusaha mempertahankan negara ini, akhirnya diterima sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia menerusi JUS SOLI dengan hak yang hampir sama. Malah mereka diberikan kebebasan mengamalkan budaya, agama, bahasa dan adat resam. Bahkan mereka juga dibenarkan melaksanakan pendidikan vernakular dengan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia ini yang mengiktiraf pendidikan vernakular kaum imigran sebagai salah satu teras pendidikan nasional.
13 Mei adalah manifestasi daripada segala hasutan dan perasaan sakit hati yang disuburkan oleh kaum imigran yang enggan menerima hakikat yang mereka adalah imigran dan kebaikan yang telah diberikan kepada mereka, melebihi daripada apa yang diterima oleh kaum pribumi sendiri. Kebebasan yang mereka nikmati hasil daripada tolak ansur dan berprasangka baik, menyebabkan mereka berasa juah, bangga diri dan mula tamak.
Kebimbangan kononnya orang Melayu dan Bumiputera akan merampas kekayaan kaum imigran yang telah dikumpul semenjak dari zaman penjajahan British, diluap-luapkan oleh DAP semenjak awal penubuhan parti itu lagi.
Itu cerita sejarah…
Ada yang mengatakan, semua itu berlaku pada tahun 1969 dan ianya tidak lagi berlaku sekarang. Satu pendapat songsang yang bukan sahaja karut tetapi tidak berpihak ke bumi yang nyata.
Dari serangan ke atas syarikat-syarikat korporat Melayu-Bumiputera, dari pengotoran imej kepada mana-mana usahawan Melayu-Bumiputera dengan cop KRONISME, RASUAH dan sebagainya, sehinggalah usaha menyekat produk-produk perniagaan Melayu-Bumiputera daripada dikembangkan dan disebarluaskan, usaha-usaha 13 Mei 1969 tidak pernah terhenti.
Rasuah dan kronisme serta nepotisme yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim telah dikembangbiakkan oleh DAP dengan begitu berjaya. Rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh DAP telah ditutup dengan sebaik-baiknya menerusi tuduhan yang dikenakan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Penyelewengan kuasa dan kewangan di Selangor yang membabitkan DAP dan Pakatan Rakyat, cuba dihalalkan dengan tuduhan dilemparkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lain.
Kalau pada 1969, kempen yang digunakan adalah hapuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebaliknya dimartabatkan Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak keistimewaan Melayu-Bumiputera ditiadakan sebaliknya semua rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama, keistimewaan Islam dan penganutnya dalam Perlembagaan dilupuskan, sebaliknya semua agama di negara ini diangkat sebagai agama rasmi, maka sekarang ini pula, tragedi berdarah versi terbaru cuba dicetuskan menerusi revolusi yang lebih bersifat ‘rakyat’ dan merata.
Taktik sebegini sebenarnya telah dilakukan oleh Marxisme yang menelurkan Sosialisme dan Komunisme. Umpan rakyat dijadikan sebagai umpan paling mujarab bagi mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menggulingkan kerajaan yang sah.
Justeru, walaupun sudah 41 tahun berlalu, sebenarnya TRAGEDI 13 Mei 1969 tidak pernah menjadi bahan klasik untuk dikenang dan dijadikan sebagai pengajaran apatah lagi pemain-pemain Tragedi 13 Mei 1969 masih lagi wujud sebagai ahli politik yang tidak pernah serik-serik untuk cuba membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan teras yang membina negara ini.