Friday, May 11, 2012

Bapak Kafir: Pas Melompat Bagai Kera Kena Belacan


Marah bebenor penyokong PAS bila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor memberi gelaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak kafir' berikutan kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan orang awam menyertai rusuhan bersih 28 April. 

Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang impaknya buruk terhadap ketenteraman - termasuklah rusuhan bersih 28 April.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Nik Aziz menganggap semua anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu rusuhan bersih 28 April hanya dengan sebelah mata - satu penyataan yang sengaja memperlekehkan kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut. 

Apabila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali kenyataan Nik Aziz itu, memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya. Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen apa-apa. 

Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz. 

Walhal sebenarnya ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga. Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh orang lain. 

Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda akidahnya oleh pemimpin PAS, ada pernah orang PAS ambil kisah? 

Bila Nik Aziz memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS dengan kafir harbi DAP, ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata Nik Aziz? Jawabnya tiada... 

Sebabnya?... Kerana hati nurani penyokong PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya. 

Walaupun penulis tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga, kena pula yang membalun itu non-politician memang cair tahi telinga penyokong PAS dibuatnya.

Tulisan sumbangan Beruang Biru 


RBF Online,
Khamis, 10 Mei 2012


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU