Monday, May 14, 2012

Bila Sinetron Hudud Akan Berakhir?

MALAY DELIMA

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Dr. Raja Ahmad Al Hiss menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perlaksanaan hudud sekiranya PR menang pilihanraya adalah tidak bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Harun Taib juga berpendapat yang sama dan menyarankan agar bantahan Karpal dipersetankan saja. Karpal Singh sebelum ini menempelak Hadi Awang kerana membangkitkan kembali soal hudud yang dianggapnya sudah tamat, iaitu tidak akan dilaksanakan sama sekali apabila PAS bersetuju membuang Negara Islam dari perjuangan dan ditukar kepada Negara Kebajikan.

Karpal juga merujuk kepada kenyataan Hadi Awang baru-baru ini yang ingin membuang Islam sebagai agama rasmi negara dan sebaliknya akan menerapkan cara hidup Islam (Addin) kepada semua.

Karpal dengan itu menuntut agar PAS menghentikan semua cakap-cakap mengenai Islam terutamanya hudud. Kata Karpal, cakap-cakap mengenai Islam ini semakin mengelirukan pengundi, selain tidak bersandar kepada prinsip Pakatan Rakyat.

Kita bersetuju dengan Karpal bahawa PAS perlu membuat keputusan mengenai pendirian mereka terhadap hudud secara muktamad untuk kesekian kalinya.

Di awal penubuhan PAS, parti itu menjadikan hudud sebagai matlamat perjuangan yang paling tinggi. Berpegang kepada matlamat ini, ramai ahli-ahli PAS menjadi fanatik dan menentang kerajaan yang dianggap mereka sebagai sekular, hatta kafir kerana tidak melaksanakan hudud. Peristiwa Memali dan Sauk adalah antara tragedi berdarah yang berakar dari fahaman ekstrem yang dibawa PAS.

Tanpa mereka sedari, ‘hudud’ hanyalah sebuah drama untuk memancing sokongan umat Islam yang tercari-cari pegangan. PAS tahu, orang Melayu mudah tersangkut dengan drama picisan murahan yang meleret-leret tanpa penghujung. Dengan itu, PAS telah mempergunakan sepenuhnya sikap ini untuk terus membuai mereka dalam mimpi yang tidak berkesudahan.

Apabila menghidu peluang untuk ke Putrajaya dengan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, PAS secara tiba-tiba menjadi ‘lembut’ sedikit dan lebih terbuka berkenaan perlaksanaan hukum hudud. Bagi membuktikan sikap terbuka mereka,

Hadi Awang pun berkata: “Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya.” - (Hadi Awang / 07 Mac 2000 / Utusan Malaysia).

Jelas, dengan kedudukan hudud yang hanya sebahagian kecil dari keseluruhan Islam yang luas, maka ketaksuban PAS terhadap undang-undang itu sehingga sanggup mengkafirkan orang lain, adalah satu bentuk ektremisme yang dibuat-buat sekadar untuk meraih keuntungan politik melalui perpecahan ummah.

Dalam ertikata lain, PAS, terutamanya Hadi Awang sendiri hanya berlakon – kekadang beliau berlakon sebagai terbuka, dan kadang-kadang pula sebagai ekstrem, mengikut arus politik semasa dan mengikut kepala otaknya.

Namun, menyedari bahawa pendirian ini telah mengecewakan ramai ahli-ahli fanatik mereka, maka PAS pun terpaksa berdolak dalih mengenainya setiap kali ditanya.

Akhirnya, apabila lakonan mereka ternyata berjaya membantu mereka menang di Kedah dan mengekalkan Kelantan, PAS bersetuju menggugurkan terus prinsip Negara Islam yang termaktub dalamnya hukum hudud, semata-mata kerana tidak mahu melepas peluang merebut Putrajaya bersama dengan DAP dan PKR. Maka berkatalah PAS lagi:

“Kita ada persetujuan, untuk peringkat ini kita tidak bincangkan soal Hudud. Misi kita yang utama ialah untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihanraya”. – (Nik Amar Nik Abdullah, Timbalan Pesuruh Jaya Pas kelantan merangkap Exco Kerajaan Pas Kelantan / 03 September 2010 / Utusan Malaysia).

Sangka PAS, prinsip terbuka mereka akan diterima baik oleh semua termasuk para penyokong mereka. Tidak pernah terfikir oleh mereka bahawa keputusan tersebut telah memakan diri. Akibat lakonan yang buruk dan tidak mantap, PAS kini dilihat sebagai alas kaki, kuda tunggangan ataupun anjing suruhan DAP yang tiada maruah dan tiada harga diri.

PAS dicemuh dan dihina kerana menggadaikan prinsip, yakni agama dan juga bangsa kerana politik. Lebih buruk lagi apabila sikap terbuka PAS menjadi keterlaluan sehingga sanggup bekerjasama dengan Ambiga yang menyokong murtad dan LGBT, sedangkan mereka pernah berjihad menentangnya.

Melihat keadaan semakin parah, di mana penyokong semakin marah dan pengundi atas pagar memalingkan terus muka dari mereka, PAS sekali lagi cuba menyambung sinetron hudud yang sepatutnya sudah tamat. PAS percaya inilah strategi yang paling tepat bagi menghadapi pilihanraya iaitu menunjukkan ketegasan menempelak kembali Karpal Singh yang berkeras menentang hudud.

Langsung PAS tidak dapat melihat bahawa tindakan ini hanya akan menambahkan rasa menyampah dan muak terhadap mereka. Ini kerana, yang pasti, Karpal Singh tetap konsisten sejak dari dahulu sehingga kini beliau dan DAP tegar menentang hudud dan Negara Islam. Yang jelas tidak konsisten, tiada pendirian dan tiada maruah hanyalah PAS.

Justeru, PAS perlu menerima hakikat bahawa sinetron hudud sudah tidak laku, apatah lagi dengan menggunakan pelakon dan skrip yang sama.:- Beruang Biru




Bagi Pakatan Rakyat Buku Jingga boleh diibaratkan panduan mutlak kehidupan kerana apa sahaja perbalahan akan dirujuk kepada buku Jingga. Buku Jingga diibaratkan Alquran bagi pakatan rakyat.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam Buku Jingga berhubung isu pelaksanaan hukum Hudud.

Pas diberi amaran jika masih mahu untuk hidup dalam keluarga pakatan rakyat Pas wajib patuh Buku Jingga atau jika tidak Pas boleh lupakan/keluar daripada pakatan rakyat.

Anwar Ibrahim berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September lepas.



Pas wajib akur dan jangan buat keputusan sendiri.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU