Thursday, May 10, 2012

Blogging Tips & Tricks 1: Elakkan Blog Anda Dari Diceroboh


Blogging Tips & Tricks Part 1: Secure Your Blog From Hacker


Seperti eXception janjikan... eXception akan kongsikan tips & tricks bagaimana untuk menjadikan blog korang kebal dan kalis dari serangan penggodam... Tips ini khusus untuk blog Blogspot sahaja... Wordpress punya blog... eXception tak leh nak tolong... He he he he he...

Oklah... Untuk Bahagian 1 ni, eXception nak kongsikan tutorial berkenaan fungsi 2 step verification yang merupakan satu ciri-ciri keselamatan blog anda bagi mengelakkan orang yang tidak berkenaan menceroboh masuk blog anda...

Fungsi 2 step verification seperti kata laluan kedua untuk blog anda, tetapi kata laluan ini adalah berbentuk kod yang disetkan oleh Google Blogger sendiri kemudian dihantar ke telefon bimbit korang melalui SMS... Maka hanya kod tersebut sahaja akan dibenarkan masuk ke akaun blog korang, selain kod itu... letak la apa kod sekalipun memang takkan lepas masuk ke akaun blog korang...

Bagaimana nak setup benda ni? Mudah sahaja... Mula-mula korang log masuk ke akaun blog terlebih dahulu, masuk ke Dashboard... Kemudian klik My Account (rujuk imej di bawah)


Korang perlu login sekali lagi untuk masuk ke bahagian akaun, ini untuk tujuan pengesahan identiti... Setelah berjaya masuk, sila periksa samaada 2-step verification blog korang On ataupun Off... Sekiranya On, bermakna korang perlu skip tutorial ini kerana korang dah activate 2-step verification... Jika Off, maka korang klik la pada Editdi sebelah Off tu...


Kemudian klik pada Start setup


Kemudian ikut langkah-langkah berikut... Berpandukan gambarajah di bawah ini...


Langkah 1: Pilih 'Malaysia' sebagai negara penyedia perkhidmatan telekomunikasi, sekiranya anda dari negara lain, pilih negara anda...

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda... Boleh juga masukkan nombor telefon rumah... Tapi hanya terhad kepada Voice Call sahaja... Jika anda masukkan nombor telefon bimbit, anda akan menerima pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code setiap kali anda log masuk ke dalam akaun blogspot anda...

Langkah 3: Pilih samaada anda ingin menerima SMS Text Message atau Voice Call ke telefon bimbit anda.

Langkah 4: Klik pada butang Send Code.

Apabila keluar status Code sent, bermakna satu pesanan ringkas akan dihantar ke telefon bimbit anda yang mengandungi Verification Code.


Masukkan Verification Code yang ada dapat dari pesanan ringkas, sebagai contoh: 12345

Kemudian klik butang Verify (rujuk gambarajah di bawah)...


Kemudian klik butang Next

Tunggu sehinga paparan di bawah keluar...


Uncheck kotak yang bertanda merah. Ini untuk faktor keselamatan sekiranya anda menggunakan komputer di kafe siber. Ini kerana Verification Code blog anda akan disimpan di dalam Cookies iaitu simpanan sementara pelayar web selama 30 hari. Banyak kes blog hacking juga adalah akibat kelalaian pengguna yang lupa untuk clear cache di dalam pelayar, kerana cache adalah ruang memori yang menyimpan maklumat anda di dalam internet.

Kemudian klik butang Next. Paparan seperti di bawah akan keluar...


Untuk mengaktifkan 2-step verification anda pelu klik butang 'TURN ON 2-STEP VERIFICATION'

Apabila paparan di bawah keluar, bermakna anda telah berjaya mengaktifkan 2-step verification...

Maka setiap kali anda log masuk ke blog anda, anda akan diminta untuk memasukkan Verification Code sebelum boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda. Apabila anda log masuk dengan menggunakan kata laluan yang sah, maka satu pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code dihantar ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor yang anda terima dan anda sudah boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda.

Anda tak perlu risau lagi sekiranya kata laluan blog anda diketahui oleh hacker dan mereka cuba menceroboh masuk. Kerana 2-step verification ibarat pintu kedua yang kuncinya hanya diterima melalui pesanan ringkas pada telefon bimbit anda... 2-step verification amat sukar dipecahkan kerana hanya kombinasi kod yang unik sahaja membolehkan mereka memasuki akaun blog anda.

Anda juga boleh tahu apabila blog anda sedang diceroboh apabila secara tiba-tiba anda menerima pesanan ringkas yang mengandungi Verification Code, sedangkan anda tidak log masuk ke dalam blog pada masa itu.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU