Monday, May 14, 2012

Datuk Harun - Karpal Sorang Je Yang Tolak, Pemimpin DAP Lain SEMUA Sokong Hudud !

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU


Menyambung kemelut Hudud antara Hadi-Karpal, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turun enter frame semalam. Dari Sinar -

Pas tidak akan ambil kira pandangan Karpal Singh yang berterusan menolak sistem pemerintahan Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana bagi parti itu, kerjasama dalam PR adalah atas nama parti, bukan individu,”

Menurut Harun, beliau tidak pernah dengar ada parti dalam PR yang tolak sepenuhnya hukum hududmelainkan Pengerusi DAP itu sahaja. Sehubungan itu, katanya, Pas menganggap penolakan Karpal atas sifatnya sebagai individu, bukan mewakili DAP.

" Individu kita tak ambil kira. Jadi Pas tetap dengan perjuangannya "

Ada dua dakwaan dalam kenyataan Datuk Harun itu -

PERTAMA - Hanya Karpal saja yang menentang Hudud sedangkan pemimpin Dap dan Pkr lain SEMUANYA menyokong Hudud. Betul ke ni ........ ?

Tidak dengar mereka bercakap tidak semestinya mereka bersetuju. Lupa dah ke perjanjian Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju dengan Lim Guan Eng tahun lepas dalam soal Hudud ? Sampai sekarang saya masih mencari maksud Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju dalam konteks melaksanakan Hudud. 

Belum ada lagi mana-mana pemimpin Pas yang tampil mahu menjelaskannya.

Tapi apapun ada bagusnya kalau pihak media dapat bertanyakan pendirian pemimpin Dap dan Pkr pandangan mereka tentang Hudud bagi mengesahkan dakwaan Datuk Harun ini. 

Benarkah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng BERSETUJU menerima Hudud ? Benarkah ahKok juga terima Hudud ? Dah alang-alang bertanya, tanyakan sekali Ambiga.... dia terima ke Hudud ? 

Dan KEDUA - sayugia kita tanya juga, katakanlah semua mereka itu menolak Hudud sama seperti Karpal, apakah Datuk Harun akan tetap mengatakan - KESEMUA kenyataan pemimpin Dap dan Pkr kita tak ambil kira, kerana itu semua adalah pandangan PERIBADI masing-masing ?

Kenapa ya akhir-akhir ini ramai pemimpin PR yang tergerak hati nak punya pandangan peribadi yang berlawanan dengan parti, ek ? Boleh ke begitu ? Maksud saya, pemimpin yang berjuang untuk parti mempunyai pendirian peribadi yang berlawanan dengan partinya ?

Bukan kah itu HIPOKRIT namanya ?

Sebut hal Hipokrit, siapa sebenarnya yang punya pendirian berlawanan dengan parti ? Bukankah Pakatan Rakyat TIDAK MEMPERJUANGKAN Hudud tapi Pas pula dikatakan punya pendirian peribadi yang berlawanan..... nah , bukankah itu juga HIPOKRIT ?

Apapun saya puji Datuk Harun yang BERANI menempelak Karpal. Cuma .... seperti yang saya sebut diatas, SIAPA YANG HIPOKRIT dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat ?

Dalam apajua isu yang diperdebatkan, selalunya kita akan tersasar dari isu asal. Supaya kita tidak lari dari topik, suka saya ingatkan , perdebatan asal adalah kenyataan Hadi ini -

Hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


Isu Hudud : Pakatan Rakyat Berpegang Buku Jingga

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan Mstar berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September lalu.
“Kita masih terikat dengan kenyataan pada 28 September, matlamat utama kita adalah penambahbaikan ekonomi, sebarang perubahan tertakluk kepada Perlembagaan dan polisi bersama yang telah dipersetujui sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama hampir tiga jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan hudud tidak termasuk dalam agenda buku Jingga dan ketiga-tiga parti telah bersetuju bahawa sebarang perubahan polisi mesti mendapat persetujuan bersama secara konsensus.
“Ketiga-tiga parti telah bersetuju dalam isu pelaksanaan hudud. Bagi pihak kami (DAP), sangat jelas bahawa ia tidak termasuk dalam persetujuan bersama dalam Buku Jingga tetapi kami menghormati pendirian PAS dalam isu ini,” katanya.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya menghormati perbezaan ideologi yang terdapat dalam PR itu dan akan selesaikan isu ini bukan melalui media tetapi dengan perbincangan dalaman.
“Kita sudah membuat kenyataan dalam isu ini sejak 28 September lalu. Kita tetap berpegang teguh mempertahankan kenyataan bersama yang telah kita persetujui seperti mana yang terkandung dalam buku Jingga.
“Dalam masa yang sama kita menghormati perbezaan ideologi dan perbezaan agama yang terdapat dalam PR. Kita mahu selesaikan isu ini bukan melalui media tetapi dengan perbincangan dalaman,” katanya.
Khamis lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dillaporkan berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan untuk menerimanya atau tidak.
Sementara itu laman suarapakatanrakyat melihat keakuran Abdul Hadi, sekadar taktik politik ketika berdepan pakatan, ketika di luar mesyuarat pakatan nadanya lain pula.
“Sudah banyak kali dibincangkan, diputuskan dan diumumkan bahawa hudud bukan keutamaan Pakatan Rakyat malah tidak tersenarai sebagai mana-mana kepentingan pun untuk diberi perhatian sekirannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dari BN/UMNO. Ini bukan rahsia”, katanya.


Lain-lain Artikel :


Ikrar Pemuda : Bila Telor PAS Dipegang DAP

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU