Saturday, May 05, 2012

Siapa Mulakan Politik Lucah Di Malaysia?


MKP melihat semakin hari semakin ramai pulak orang yang dok mengata kami blogger lucah/artis dan kurang moral.Itu boleh kira ayat paku dulang paku serpih.......Apa kejadah bila mulut mengata orang tapi kote keras terpacak jugak tengok gambaq yang dipaparkan....Lama-kelamaan ramai pulak kaki mengata nie dok ikut trend yang kami buat.....Apa barang beb, kalau jenis mulut longkang dan berbau bangkai nie kononnyaberprinsip tidak memainkan cerita yang berunsur kekuningan kini lebih sudu dari kuah.

Kepada MPP, Empayar Pemuda, Semut Hitam dan senanda dengannya teruskan beb. Pengundi atas pagar nie pun ramai dah sedaq dan kembali kepada azali tentang pembohongan yang telah dilakukan Pemimpin Harami seperti ASSmin, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim serta sekutunya.Cayalah rakan-rakan MKP dengaq kata sebulan hit rakan2 nie lebih dari 800 ribu pembaca sebulan bagi setiap blog yg disebut kalau di hitung semuanya lebih dari 4 juta sebulan wow patutlah top 10 alexa rank malaysia.....Takkan semuanya orang UMNO dan tidak ada Pengundi atas Pagaq yang baca blog .......Sapa yang terasa sorry beb bukan nak cari gaduh akan tetapi nak bagi balik paku dulang paku keras yang dok mengata orang pandai. Muhabalahlah diri sendiri dengan telanjang bulat depan cermin tengok diri sendiri baru bercakap orang lain salah dan silap.............



Bila gambar tersebut keluar di muka hadapan Utusan dan Kosmo, makin meroyanlah pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz.


Mengimbas sejarah, siapa sebenarnya yang suka menyebarkan politik lucah untuk menjatuhkan pihak lawan. Ianya bermula dengan kes video lucah Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu D.P. Vijandran.

Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988. Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi. Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian, Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989, Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong, Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dari Dewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan. Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pita_video_Lucah_Vijandran

Pembangkang mungkin boleh nafikan jika tiada bukti yang sah. Bagaimana jika MyMassa letakkan bukti ini? Macam mana pembangkang nak pusing lepas ni? Dalam bukti ini, siapa yang menggunakan politik lucah untuk jatuhkan lawan, bukankah ia bermula dari parti pembangkang iaitu DAP?


Hansard Parlimen 11 Disember 1989 ms 42

Sejarah tidak boleh menipu.
DAP lah yang memulakan politik lucah dengan mengaitkan skandal seks untuk menjatuhkan pihak lawan pada tahun 1989. Sejarah politik lucah dalam negara tidak berhenti di situ.

Kemudian pada tahun 1994, skandal seks sekali lagi digunakan oleh DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang ketika itu sedang meningkat naik sebagai pelapis kepimpinan negara. Jika pada tahun 1989 ianya dijuarai oleh Karpal Singh, kali ini Lim Guan Eng pula menjadi jagoan fitnah lucah untuk jatuhkan pihak lawan.

Pada tahun 1997, pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan orang nombor dua dalam UMNO iaitu Anwar Ibrahim.

Ianya dimulakan oleh DAP sekali lagi. Kemudiannya disambung oleh PAS sehingga terciptalah gelaran Sheikh Al Juburi oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim.

MyMassa tidak bercakap kosong dalam hal ini. Sekali lagi hansard Parlimen dijadikan bukti siapakah yang menggunakan politik lucah untuk menjatuhkan musuh.



Baca seterusnya di sini (http://www.anwaraidc.com/?p=827).

Apabila kepercayaan pemimpin UMNO terutamanya Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim makin hilang, maka Anwar telah dipecat kerana skandal seksnya yang dimulai oleh Karpal Singh.

Namun ramai anak muda buta sejarah. Mereka menganggap skandal seks yang menjatuhkan Anwar Ibrahim berpunca dari UMNO. Hakikatnya, dokumen hansard Parlimen di atas menjadi bukti bahawa ianya dimulakan oleh Karpal iaitu pada tahun 1997, setahun lebih awal daripada Khalid Jefri mengedarkan buku 50 Dalil di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998.

Sudah terang lagi bersuluh. Bukti-bukti ini telah membersihkan nama UMNO daripada fitnah jahat pembangkang bahawa UMNO yang memulakan trend politik seperti ini. Apa yang berlaku pada hari ini, pendedahan skandal seks pemimpin pembangkang bukan dibuat oleh pemimpin UMNO. Pendedahan tersebut di buat oleh individu yang marahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Eskay yang merupakan rakan baik Anwar Ibrahim satu masa dahulu.




Ianya berbeza dengan pembang kerana yang menyebarkan cerita skandal seks pihak lawan datangnya dari pemimpin pembangkang sendiri seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Mat Sabu yang kini merupakan pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang.

Kepada rakan blogger, sila sebarkan fakta dan dokumen di atas untuk menjawab tohmahan pembangkang. Sedarkan penyokong pembangkang bahawa pemimpin mereka yang memulakan taktik kotor ini. Blogger BN yang menggunakan cara yang sama sebagaimana yang pernah mereka buat satu masa dahulu.

P/S# Pemimpin pembangkang hanya boleh tipu penyokong mereka yang buta sejarah tetapi tidak kepada kami blogger BN yang celik fakta.

Dicatat oleh matkilaupenang, Sabtu 5 Mei 2012.

::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU