Friday, May 25, 2012

Nik Aziz, Hadi Awang Cuba PERANGKAP UMNO Dengan Muzakarah - Najib




KOTA BHARU 23 Mei - Keputusan rasmi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak sebarang bentuk Muzakarah dengan UMNO mendapat maklumbalas bercanggah dari Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menjelaskan akan tetap merealisasikan cadangannya untuk melaksanakan Muzakarah dengan UMNO demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju. Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.

Artikel seterusnya, klik TELUS ATAU PERANGKAP

Strategi politik apa pula digunakan Nik Aziz kali ini ... Dalam suatu masa boleh bertukar fikiran seperti sesumpah.

Dan jika sekiranya muzakarah ini tetap juga Nik Aziz mahu pertahankan, kononnya demi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.

Sanggupkah beliau dan Hadi Awang menarik kembali kesemua dakwaan, tuduhan dan tohmahan seperti dibawah ini ...





Mudah sebenarnya strategi politik PAS ini ...

Unjuran muzakarah hanya mahu menunjukkan PAS sebagai sebuah 'parti yang terbuka' untuk meyakinkan chauvinist Cina dalam DAP, UMNO bakal terperangkap dalam mainan politik yang bakal merosakkan imej UMNO.

Jika sekiranya UMNO menerima unjuran muzakarah ini, strategi PAS dikira berjaya kerana telah menelanjangkan UMNO sebagai parti 'racist'.

Perlu diingat, UMNO telah sekian lama merekodkan sejarah muhibahnya dengan kaum lain terutama orang Cina dan India di negara ini. Kerana itulah tertubuhnya Perikatan dan Barisan Nasional yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC sebagai parti teras untuk masyarakat Melayu, Cina dan India.

Rakyat semakin lupa kepada 'kontrak sosial' yang telah dipelopori oleh UMNO, MCA dan MIC dalam mencari suatu penyelesaian muktamad dan kestabilan politik diantara semua kaum di Malaysia.

Muzakarah ini bakal dijadikan 'senjata' DAP dalam menunjukkan betapa UMNO cukup 'racist' dan mementingkan orang Melayu sahaja tanpa memikirkan kaum-kaum yang lain.

PAS sebenarnya bertindak sebagai 'pemangkin' untuk pembangkang mencetuskan satu lasi isu sebelum pilihanraya umum ... UMNO sebagai parti yang berdasarkan dan berlandaskan perkauman, orang Melayu semata-mata.

Masih belum nampak lagi strategi yang dimainkan oleh PAS ...


Nik Aziz sebenarnya tahu kesilapan besar PAS kerana sudah bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, pemimpin yang mempunyai masalah moral yang cukup tinggi.

Mursidul Am PAS ini juga tahu kesilapan PAS sekarang terlalu banyak bergantung kepada Anwar termasuk dari segi tabung kempen pilihan raya dan kecekapan bermain sandiwara jalanan dan melakukan pembohongan demi pembohongan yang mudah meyakinkan orang fanatik dan jumud.

Cukup untuk rakyat yang celik dari segi pemikiran untuk melihat apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap PAS. Apa yang telah berlaku kepada PAS sekarang ini ...


Nik Aziz, Hadi Awang dan PAS sebenarnya semakin terdesak. Terdesaknya puak-puak ini kerana dalam saat-saat akhir menjelang pilihanraya umum, boleh pula dikeluarkan tawaran muzakarah.

Ini tindakan terdesak dan tertekan PAS sebelum pilinraya umum ke-13. 'Manusia buta' sahaja yang tidak mampu menghidu strategi politik parti fanatik dan jumud ini.

DAP? ... semakin kusut masai setelah keluarnya Tunku Abdul Aziz dari parti chauvinist dan racist ini. Ditambah pula dengan kebodohan Lim Guan Eng cuba untuk merasuah bekas Naib Pengerusi DAP, rosak besar imej DAP.

Sangat mahal harganya dan amat besar pengaruhnya kepada DAP isu yang membabitkan Tunku Abdul Aziz.

Cuma nasihat GWM kepada kepimpinan tertinggi UMNO ... muzakarah ini adalah suatu cerita karut marut. Cerita dongeng alaf baru tulisan Nik Aziz yang diterbitkan oleh PAS.

PAS sebenarnya semakin lumpuh, muzakarah ini sekadar mahu mengeluarkan parti ini dari bilik 'ICU' Hospital Besar Kuala Lumpur ... Itu sahaja.


Gelombang Wangsa Maju


::: Arkib Blog :::

Pedoman Hidup

Pelbagai Berita Hiburan & Pengetahuan

Portal Berita 'Pakatan Harapan'

::: Penyokong Pakatan Harapan :::

Lawatan Ke Blog Ini

Kunjungan Mencari Fakta dan Kebenaran, bermula 12 Disember 2013

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

"Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain".

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

"Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?" Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara".

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."


Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

SUMPAH MELAYU

SUMPAH MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU